MY FOLLOWERS

Thursday, June 25, 2015

Seni & Kreativiti - Mengecat Khat Kafi

Kredit kepada:-
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Hari ini, di samping berjumpa dengan bakal klien untuk satu urusan, sempat juga mencuba satu perkara baru. Dahulunya tiada lagi teknik ini. Kini ia menjadi salah satu yang diajar dalam kursus senibina di kolej ini. 

Menurut pensyarahnya, rekaan pada papan lutsinar ini dibuat menggunakan kaedah laser. Untuk kali ini, digunakan untuk hasilkan khat kafi. Saya sempat cuba untuk dapatkan hasilnya.


Mula-mula, khat yang dihasilkan dibentuk. Kedua bahagian depan dan belakang papan ini ada pelekat yang boleh ditanggalkan. Warna pelekat macam sampul surat. Bahagian yang tidak perlu akan ditanggalkan dahulu.


Cat disembur. Warna boleh pilih sendiri. Boleh sembur ikut suka, boleh buat satu warna, belang-belang, dua lapis, ikut imaginasi sendiri. Biarkan kering.


Satu lagi contoh hasil.


Setelah kering, tanggalkan bahagian pelekat yang selebihnya dan bahagian berwarna sahaja akan tinggal. Tanggalkan pelekat pada kedua belah papan tadi dan hasilnya seperti di atas.


Satu lagi contoh hasil. Yang ini pula, warna putih dicat pada bahagian belakang untuk dijadikan warna latar bagi tulisan berwarna biru. Perlu berhati-hati dalam proses mengecat belakangnya untuk elakkan daripada warna melimpah ke bahagian depan ketika ia dijemur.


No comments: