MY FOLLOWERS

Wednesday, January 4, 2012

Artikel - Bila Ada Getaran Pada Kereta

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Sebagaimana dinyatakan oleh pemilik bengkel di sini, nyawa pemandu sesebuah kenderaan bergantung kepada tayar dan breknya. Justeru, perkara berkaitan tayar dan brek tidak boleh dipandang ringan.

Getaran pada kenderaan boleh berlaku atas banyak sebab. Antaranya kerana ada bahagian yang longgar atau rosak. Dalam kes di bawah, getaran berlaku kerana bahagian getah pada drive shaft boot yang telah rosak. Ketika memandu, terasa getaran pada bahagian hadapan kiri (sebelah pemandu). Setelah dibawa ke bengkel, beginilah keadaan drive shaft boot (getah) yang rosak.





Keadaan getah drive shaft boot sebelah pemandu
 


Keadaan getah pada syaf di bahagian pemandu
 



Sesudah ditanggalkan, baru tahu sebahagian getahnya telah lama 'hilang'.




Seluruh batang syaf ditanggalkan.





Keadaan getah pada bahagian syaf (pemandu) yang terbelah.





Bukan setakat getahnya, tetapi juga di bahagian ini (lihat petak merah) juga perlu diganti kerana getah penyambung (ball joint assembly) di belakang cakera brek yang turut pecah yang menjadi punca getaran pada bahagian tayar sebelah pemandu. Oleh kerana rod penyambungnya (petak merah) yang sudah berkarat, maka terpaksa dipotong bagi membolehkan transverse link (alas bawah petak merah) diganti.

 




Sesudah diganti.
 




Kerja-kerja menggantikan bahagian rosak ini mengambil masa selama 4 jam. Sentiasalah berwaspada dan berjaga-jaga demi keselamatan di jalan raya.

Anda mampu mengubahnya!


3 comments:

Admin said...

Berapa kena ini ehh?

THE GREEN said...

ada la dalam RM220.

Admin said...

Hmm ... ok tu ... sbb kereta pun ada macam gegar2 gak, pastu ada bunyi siul ... hmm