MY FOLLOWERS

Wednesday, December 31, 2014

Kesihatan - Senaman Burpee

Kredit kepada: The Post Game
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



 
Burpee membantu membakar apa yang anda makan melibatkan penggunaan seluruh otot, peparu dan kalori. Senaman tekan tubi kemudian lompatan kemudian kembali tekan tubi ialah satu cabaran, jadi adalah lebih efektif jika melakukan 10 reps dengan pantas untuk melancarkan metabolisma anda seperti juga melakukan lari pecut selama 30 saat. Itu adalah menurut satu kajian diterbitkan dalam American College of Sports Medicine. 

Pengkaji juga menyenaraikan kadet ROTC untuk satu yang dipanggil Wingate Anaerobic Power Test: Satu senaman lari pecut 30 saat dengan rehat selama 4 minit antara pusingan selama 4 pusingan.Ada antara kadet melakukan lari pecut 30 saat di atas basikal senaman manakala yang lain pula melakukan burpee 30 saat secepat mungkin. Hasilnya kedua-dua senaman menunjukkan peningkatan mendadak dalam metabolisma dan kardiovaskular. Bezanya mengayuh basikal senaman merupakan senaman motor ringkas manakala burpee melibatkan tahap ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan seluruh kekuatan tubuh. Oleh kerana burpee merupakan senaman yang melibatkan seluruh tubuh, maka anda berpeluang merasai manfaat dalam pembinaan otot dari kepala hingga ke kaki berbanding hanya peparu dan kaki.  







KLIK SINI untuk ke pautan burpee.




Artikel - Apa Malaysia Boleh Belajar Daripada WWI?

Kredit kepada: The Heat Online Asia
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Tahun 2014 merupakan perayaan 100 tahun World War I, yang juga dikenali sebagai “Great War”. Pada 4 Ogos, di bandar-bandar merentasi Barat, para pemimpin dunia keluar bagi memperingati peristiwa ini.

Di Malaysia, peristiwa yang diingati ialah apabila kapal perang Imperial Jerman,  SMS Emden menenggelamkan kapal Rusia dan pemusnah Perancis di pantai Pulau Pinang pada Oktober 1914. Bukan setakat telah membunuh 16 juta orang tetapi juga telah merubah landskap politik Eropah dengan penuh dramatik. Mereka yang tidak dapat belajar daripada apa yang berlaku dalam sejarah akan mengulanginya lagi.

Seabad yang lalu, Great Britain, Perancis dan Rusia mengkaji dengan cemas tentang kemungkinan akan bangkitnya kuasa baru Empayar Jerman. Britain khuatir Jerman mungkin boleh mencabar penguasaannya di lautan. Perancis pula masih bersedih selepas peristiwa memalukan dalam perang Franco-Prussian  (1870-1871).



Sekutu Jerman, Austria-Hungary, berjuang untuk mengawal empayar mereka bersama-sama. Rusia pula melihat diri mereka sebagai juara pan-Slavic, mencari peluang untuk meletakkan negara itu di bawah pengaruh mereka. Sikap masing-masing yang saling tidak percaya membawa kepada peningkatan kuasa tentera dengan lebih cepat. Kita menyangka tekanan yang dihadapi boleh dikawal menerusi satu jaringan hubungan antara negara-negara sekutu yang kompleks antara Britain, Perancis, Rusia, Serbia dan Belgium dengan satu pihak pakatan Jerman, Austria, Turki, dan Bulgaria. Walaubagaimanapun, ini gagal mengambil kira apa yang digelar sebagai insiden “black swan”. Peristiwa pembunuhan Austrian Archduke, Franz Ferdinand di Sarajevo pada 28.6.1914 mempercepatkan capaian kata putus diplomatik seterusnya pengisytiharan perang. 

Namun terdapat persamaan antara Asia 2014 dengan Eropah 1914. Pada hari ini kita melihat negara Amerika Syarikat dan China, saling berlumba mencari sekutu menerusi perdagangan dan manuver diplomatik. Negara-negara Asia kini meningkatkan bajet dalam ketenteraan sekaligus mencetuskan perlumbaan dalam persenjataan. Tuntutan wilayah bertindih dan persaingan etno-nasionalis menambahkan lagi ketegangan. Demonstrasi pada Mei 2014 di Vietnam diikuti dengan penghantaran dari pelantar minyak China yang tidak tepat di Laut China Selatan menjelaskan lagi penglibatan mereka. Nampaknya seperti tiada resolusi bagi isu di Laut China Selatan yang turut melibatkan nama negara. Dalam masa yang sama, penerbitan Kertas Putih berkaitan ancaman IS ke Malaysia menunjukkan betapa negara kita mudah terdedah kepada bahaya melibatkan kekacauan yang masih berlaku di Timur Tengah. Persoalannya, adakah pemimpin kita dapat memahami dan berdepan cabaran sebegini jika mereka cuba menguasai kita?





Peristiwa pesawat MH17 yang ditembak jatuh menunjukkan betapa bodohnya untuk menganggap Malaysia atau mungkin mana-mana negara di Asia boleh dimalukan oleh dunia dan masalah yang timbul berkaitan dengannya. Kita juga sebahagian daripada dunia ini dan mahu atau tidak, satu masa nanti kita juga akan merasai kesannya. Kita diingatkan agar sentiasa mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam sejarah. 

Lebih lagi, antara pengajaran lain yang dapat dikutip daripada peristiwa WWI ialah kesan yang perlu dihadapi oleh pemimpin jika mereka gagal mencapai kesepakatan. Sejarah turut menunjukkan harga yang perlu dibayar oleh rakyat apabila golongan yang memegang tampuk kuasa pemerintah mengejar agenda mereka tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang mereka ambil. Legasi masa lalu telah lama berkubur dan akan terus menghantui dan keamanan itu sebenarnya masih jauh dari genggaman seperti yang berlaku pada seabad yang lalu.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Artikel - Lengan Robotik

Kredit kepada: Reshareworthy
Gambar ihsan: Reshareworthy



Assalamualaikum.....

Lagi ciptaan baru untuk mereka yang kekurangan....

Apa yang dipaparkan dalam video di pautan ini tidak jauh beza seperti dipaparkan dalam filem seperti Bionic Man atau pun Star Wars apabila anggota badan yang putus sudah boleh digantikan dengan lengan robotik yang baru. Leslie Baugh yang cacat kedua tangan menjadi lelaki pertama menggunakan lengan robotik yang boleh dikawal hanya dengan mindanya. Dia kehilangan kedua-dua lengannya dalam satu kemalangan elektrik 40 tahun yang lalu. Kini dengan bantuan sepasukan saintis dan doktor dari Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory (APL), bahagian lengannya kini disambungkan dengan lengan robotik Modular Prosthetic Limbs (MPL) yang mempunyai kawalan antaramuka dengan bahagian sarafnya. Setelah disambung, lengannya diuji dalam makmal namun dia sudah boleh berimpian untuk kembali melalui kehidupan seperti orang lain dalam melakukan aktiviti seharian. 






KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Artikel - Upgrade Kerusi Roda

Kredit kepada: Reshareworthy
Gambar ihsan: Reshareworthy



Assalamualaikum.....

Di satu ekspo, Patrick Dougherty melakukan demonstrasi ciptaannya yang akan membantu mereka yang menggunakan kerusi roda untuk membolehkan mereka bergerak ke mana-mana. Bahagian depan kini bukan lagi masalah dengan adanya peralatan ciptaannya.


Mudah alih, sangkut di belakang bila tidak digunakan.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Hiburan - Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D.

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D., atau ringkasannya Agents of S.H.I.E.L.D., ialah satu siri televisyen Amerika yang dikembangkan untuk siaran di saluran ABC oleh Joss Whedon, Jed Whedon, dan Maurissa Tancharoen, berdasarkan sebuah organisasi dalam Marvel Comics iaitu S.H.I.E.L.D. (Strategic Homeland Intervention, Enforcement and Logistics Division), satu divisyen khas yang mengekalkan keamanan dan agensi siasatan dalam sebuah dunia yang mempunyai manusia dengan pelbagai kelebihan super dan fenomena. Siri ini keluaran ABC Studios, Marvel Television, dan Mutant Enemy dan berada dalam persekitaran Marvel Cinematic Universe, dengan adanya kaitan dengan plot-plot dari filem-filem keluaran Marvel. Mengetengahkan watak ejennya Phil Coulson, dengan Clark Gregg sebagai pelakon utamanya dalam siri ini. Siri ini kini sudah memasuki musim ke-2 pada September 2014. 

Siri ini mengisahkan Phil Coulson, yang telah dianggap mati setelah insiden dalam filem Marvel's The Avengers, mengumpulkan ahli pasukannya Agents of S.H.I.E.L.D., bagi menyelesaikan kes-kes pelik yang banyak melibatkan sains. Di awalnya mereka menyiasat kes Project Centipede dan orang yang terlibat, "The Clairvoyant", yang akhirnya didapati didalangi oleh HYDRA, sebuah organisasi khas di zaman Nazi Jerman yang telah lama berselindung dalam organisasi S.H.I.E.L.D. seperti dipaparkan dalam filem Captain America: The First Avenger dan The Winter Soldier. Mereka kemudiannya perlu berdepan cabaran apabila timbul kekeliruan dan kepercayaan sesama ahli menjadi rosak angkara perbuatan mereka yang menyokong HYDRA, seterusnya membawa kepada musnahnya organisasi S.H.I.E.L.D.. 

Lakonan Clark Gregg, Ming-Na Wen, Brett Dalton, Chloe Bennet, Iain De Caestecker, Elizabeth Henstridge, Nick Blood.



Sumber siasat sana sini:  SINI   |   SINI   |   SINI   |  






Hiburan - Shattered

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Shattered ialah satu siri drama prosedur polis ciptaan Rick Drew. Drama bersiri dari Kanada ini berkisar mengenai seorang detektif polis Ben Sullivan, lakonan Callum Keith Rennie, yang teguh dan bijak di Vancouver namun menderita akibat gangguan personaliti berbilang atau multiple personality disorder. Isterinya Ella lakonan Molly Parker berdepan dengan masalah dadah. Di samping menyelesaikan kes saban hari, Ben juga berdepan cabaran penyakitnya apabila kerap kali hilang ingatan sewaktu identiti lainnya mengambil alih dirinya dan tidak tahu manakah identiti yang akan muncul pada satu-satu masa. Di awalnya, dia berdepan trauma akibat pembunuhan ahli keluarganya menyebabkan gangguan personaliti. Antara personalitinya ialah Jack, seorang remaja bernama Hal, seorang budak yang pendiam bernama Tyler dan akan muncul ketika dia paling lemah. Dia bergandingan dengan pegawai polis Amy Lynch dalam menyelesaikan kes selain turut menjadikan personaliti yang dimiliki Ben sebagai satu kelebihan dalam siasatannya.

Lakonan Callum Keith Rennie, Molly Parker, Camille Sullivan, Karen LeBlanc, Clé Bennett, Chad Rook, Martin Cummins, Brian Markinson


Sumber rujukan:   SINI  |  SINI   | 

Hiburan - Constantine 2014

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Constantine ialah satu siri Amerika yang dikembangkan oleh Daniel Cerone dan David S. Goyer untuk siaran NBC, berdasarkan watak siri komik Hellblazer keluaran DC Comics. Matt Ryan memegang watak sebagai John Constantine. Seorang detektif yang menyiasat tentang kultus gelap dan berdepan masalah dosa masa silamnya dalam masa yang sama cuba untuk melindungi manusia sejagat daripada ancaman makhluk alam ghaib.

Siri ini mula bersiaran pada bulan Oktober 2014 hingga 13 Februari 2015 sebanyak 13 episod. Pada 8.5.2015, pihak NBC telah membatalkan siaran siri ini selepas satu musim. Walaubagaimanapun, watak John Constantine ada kemunculannya dalam salah satu episod siri Arrow bagi musim ke-4, episod Haunted. 


Lakonan Matt Ryan, Angélica Celaya, Charles Halford, Harold Perrineau


Sumber rujukan:  SINI  |   SINI    |  



Saturday, December 27, 2014

Artikel - Tempat Pelancongan Paling Menakutkan

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel

 

Assalamualaikum.....

Tempat-tempat bersejarah akan ada banyak cerita di sebaliknya. Bukanlah semestinya yang misteri tetapi juga ada sesetengahnya penuh dengan unsur seram dan mistik. Biasa dengar cerita di tempat sendiri, kali ini mahu bawakan anda beberapa kisah ringkas di beberapa tempat di luar negara pula. Kisah-kisah yang mungkin berkaitan dengan pembunuhan adalah antaranya......  

 

Namibia: Kolmanskop
Bandar berhantu di Padang Pasir Namib bukan setakat dihuni hantu tetapi juga pasir. Diasaskan pada 1908 ketika berlian masih digali di kawasan berkenaan. Selepas Perang Dunia I, industri perlombongannya merudum dan penghuni kawasan berkenaan meninggalkan bandar berkenaan sekitar 1950an. 




Caribbean: Eden Brown Estate
Bekas ladang gula di Pulau Nevis terdapat puing-puing yang mempunyai dongeng cinta, pengkhianatan dan pembunuhan. Sebuah rumah agam dibina untuk gadis, Julia Huggins, yang telah bertunang. Mungkin kerana curang, pada tahun 1822 tunangnya dan pembantunya berlawan sesama sendiri dan masing-masing terbunuh. Julia menyendiri dan sehingga kini kehadirannya dapat dirasai.  




India: Bhangarh Fort
Tempat ini terletak di bandar di Rajasthan, dibina untuk raja pada tahun 1613. Di sini pelawat adalah dilarang masuk selepas matahari terbenam. Kenapa? Cerita penduduk tempatan yang telah meluangkan masa semalaman dan tidak pulang keesokannya menjelaskan 'peraturan' ini. Satu legenda menyebut seorang ahli sihir bernama Singhiya jatuh cinta pada si puteri dan menyihirnya untuk mengahwininya. Malangnya rancangannya diketahui oleh si puteri dan posyen cinta yang diberi itu dibuang ke tanah. Disebabkan itu ahli sihir itu menyumpah bandar Bhangarh supaya tiada siapa boleh hidup di situ.




Jepun: Aokigahara Forest
Nama bagi sebuah tempat di barat laut Gunung Fuji bermaksud “lautan pokok.” Malangnya, ia sering disalahtafsir sebagai "hutan bunuh diri" kerana sering menjadi tempat bagi orang yang datang untuk bunuh diri. Legendanya disebut dalam novel tulisan Seicho Matsumoto pada 1960an bertajuk “Tower of Waves” berkemungkinan mencetuskan apa yang berlaku di sini. Ia menceritakan mengenai sepasang kekasih yang bunuh diri di bawah pokok Aokigahara.  


Ireland: Leap Castle
Istana di County Offaly, dibina pada 1250, mempunyai sejarah yang panjang dan berbelit-belit. Keturunan keluarga saling bertelagah mengenai pemilikan dan turut melibatkan pembunuhan ngeri dalam sebuah gereja kecil. Dikatakan tempat ini didatangi banyak hantu dan paling menakutkan apabila ada jelmaan dengan bau busuk bercampur dengan bau sulfur.  




Mexico: Isla de las Muñecas
“Pulau anak patung,” ialah gelaran sebuah pulau kecil di sini terletak di terusan Xochimilco. Selepas insiden seorang budak perempuan lemas di sini, seorang lelaki bernama Don Julián Santana Barrera datang dan tinggal di sini dan mahu mengekalkan memorinya dengan menggantungkan anak patung pada pokok. Masa berlalu, dia menggantungkan lebih banyak lagi anak patung kononnya untuk menenangkan rohnya. Ironinya, kematiannya juga disebabkan lemas.  




Australia: Boggo Road Gaol
Penjara yang padat yang terletak di Brisbane ini ditutup secara rasmi pada 1992 disebabkan oleh siri rusuhan dan protes oleh banduan ekoran keadaan hidup di situ. Telah beroperasi selama 119 tahun, penjara ini telah dihuni oleh beberapa penjenayah yang terkenal termasuk pengebom bergelar Whiskey Au Go Go dan seorang yang digelar “Slim” Halliday, yang telah melepaskan diri sebanyak 2 kali. Penjara ini dibuka semula pada Disember 2012 sebagai tarikan pelawat.




Scotland: Overtoun Bridge
Berdekatan perkampungan Milton, jambatan dengan lengkung era Victoria menjadi tempat lawatan terakhir bagi 50 ekor anjing. Sejak 1950an atau 1960an, ada antara haiwan ini yang melompat dari struktur batu dan ada yang terselamat dan ada seperti mahu melompat lagi. Akhirnya didapati bahawa terdapat haiwan berbulu yang tinggal di bawah jambatan ini yang mungkin menyebabkan anjing seperti dapat menghidu baunya.   




Czech Republic: Sedlec Ossuary 
Di Kutná Hora, sebuah gereja kecil di bawah tanah perkuburan Cemetery of All Saints menjadi tempat simpanan tulang bagi kubur yang telah dimusnahkan sekitar tahun 1500. Tinggalan bagi 40,000 orang ditukar menjadi perabot atau kerja-kerja seni. Salah satunya ialah sebuah lampu Chandelier yang diperbuat daripada tulang seorang manusia! 
 



United States: Lizzie Borden Bed & Breakfast Museum
Di Sungai Fall, Massachusetts, pelawat boleh menginap di sebuah penginapan yang menjadi tempat bagi dua jenayah yang tidak selesai. Rumah yang dijadikan muzium ini ialah tempat Lizzie Borden membunuh bapa dan ibu tirinya dengan kapak kecil pada 1892 namun dia yang disabitkan kesalahan kemudian dibebaskan.




KLIK SINI untuk lebih ketakutannn... hu hu hu hahahahaaa...






Artikel - Burger Yazid!

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Nyammm nyamm!! Korang berani try ker?!




Seorang usahawan dan graduan universiti, Abu Yazid membuka tempat makan dengan menyajikan hidangan masakan biasa dan juga tom yam. Selain itu dia juga mengusahakan burger. Namun ada juga di kalangan pelanggan yang datang hanya untuk menikmati hidangan burger yang dijualnya. Ini kerana keistimewaan burger dijualnya sebesar saiz 500 g hingga 1 kg. Burger dengan pilihan daging ayam, lembu dan kamibng ini boleh mencecah harga RM10 sehidangan, lebih besar daripada yang biasa. Jika anda berniat meraikan sesuatu, mungkin anda perlu mencuba burger 3 tingkat seperti kek perkahwinan dengan susunan 3kg, 2kg, dan 1kg. Wow!

Di sebalik saiznya yang besar, ia dibuat dengan baik. Sedap, diletakkan garam, sos lada hitam, diletakkan perasa secukupnya dan dibakar dengan teliti untuk kepuasan pelanggannya. Rotinya dibuat sendiri, Sayuran segar dihidangkan bersama.  

Dia mencuba pelbagai kombinasi untuk mendapatkan rasa burger yang terbaik. Dari roti keluaran Ramly, sayuran dan sos. Dia telah menjelajah ke seluruh negara selain ke Vietnam, Singapura dan Indonesia untuk mendapatkan idea untuk menghasilkan burger yang terbaik. Dia juga membuat kajiannya sendiri dan mengkaji satu perkara yang tidak dikaji dalam menu burger jalanan iaitu rotinya. Roti untuk burgernya kini dibuat sendiri dengan menggunakan tepung protein tinggi dan dibuat segar setiap hari. Cabaran bagi setiap pelanggan adalah bagaimana untuk menghabiskannya!



KLIK SINI untuk artikel penuh kelazatan!





Tuesday, December 23, 2014

Artikel - Zakat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images, Quran.com


Assalamualaikum.....




KHUTBAH HARI INI - 5 Disember 2014

Zakat - Rukun Islam - tapi ramai ambil mudah.
Golongan yang enggan membayar zakat diancam keras oleh Allah S.W.T. (At Taubah, ayat 35-36).




Zakat diurus Baitulmal dan Majlis Agama Islam negeri. Objektif zakat adalah untuk menyuburkan harta dan menyucikan jiwa serta membantu pihak yang memerlukan untuk memperkukuhkan jaminan sosial.

Zakat biasanya sinonim dengan bulan Ramadhan/Syawal tetapi zakat bukanlah setakat zakat fitrah.

Selain zakat fitrah terdapat:
1. Zakat emas dan perak termasuk matawang
2. Zakat hasil tanaman
3. Zakat hasil galian
4. Zakat ternakan
5. Zakat perdagangan dan perniagaan

Pendapatan harta juga perlu dibayar zakat - zakat gaji pendapatan berdasarkan gaji kasar dengan kadar 2.5% setahun.


Kesedaran berzakat bertambah, kutipan bertambah dan agihan dapat dibuat kepada orang yang memerlukan dan layak.

Marilah kita:
1. Bekerja seikhlas hati kerana Allah.
2. Mencari rezeki melalui jalan yang halal.
3. Menunaikan hak orang lain melalui berzakat.

Petua - Bila Kena Chicken Pox

Kredit kepada: Petua Lamaku
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....





Ambil beberapa helai daun pokok semambu (foto bawah) yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). 




Elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.
 
Selamat mencuba!


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Artikel - Kata Sayyidil Habib Umar bin Hafidz Mengenai Solat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....




Seseorang bertanya kepada Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
"Bagaimana agar kita boleh khusyu' dalam solat?"

Lalu Sayyidil Habib Umar bin Hafidz menjawab:
"Seseorang di katakan khusyu' jika memenuhi 6 syarat ini, iaitu:
  1. (Hudurul Qolb) Hadirnya hati.
  2. (Tafahhumul Ma'ani) Memahami erti atas apa yang kita katakan dan yang kita sedang lakukan.
  3. (Al ijlal watta'zhim ) Adanya rasa mengagungkan dan memuliakan kepada Allah. Terkadang kita hadir hati, mengetahui arti, tapi tanpa pengagungan, perkara ini seperti seseorang yang memahami perkataan anak kecil tetapi tidak terlalu menghiraukannya.
  4. (Al ijlal watta'dzhim ma'al Haibah) Hendaklah merasakan kemuliaan dan keagagungan tadi di iringi dengan rasa haibah (kewibawaan). Haibah: Rasa takut yang timbul kerana mengagungkan Allah yang Maha Agung. Takut solat kita tidak di terima oleh Allah.
  5. ar-Roja', perlu ada sifat berharap agar solat kita diterima oleh Allah. Ia juga menjadi sebab dekatnya kita kepada Allah serta mengharapkan mendapat balasan yang agung.
  6. Haya': Adanya rasa malu bahawasannya kita tidak menunaikan hak Allah dengan kehendaknya.
Kemudian Habib Umar mengatakan, "Jika enam kriteria ini terdapat padamu maka solatmu boleh dikatakan solat yang khusyu'."

Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada kita sehingga kita mampu untuk mengamalkan kaedah yang ada di atas ini.


Petua - Bila Sakit Gigi 2

Kredit kepada: Laman Darling Ninie
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Sakit gigi merupakan sakit paling menyeksakan, tidur tidak lena, selera juga terganggu. Terdapat beberapa pilihan untuk mereka yang ingin mencuba;
  1. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  2. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  3. Gunakan minyak cengkih. Letakkan sedikit minyak cengkih ke atas kapas dan letakkan di dalam gigi yang berlubang. 
  4. Garam mengandungi zat sodium yang boleh membasmi bakteria pada gigi. Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam dan kumur-kumur dengan air tersebut.
  5. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  6. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  7. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  9. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  10. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

* Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Paranormal - Angkara Tengkorak Terbang

Kredit kepada: Laman Syok.org
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Di sini ingin saya berkongsi pengalaman Ayah kepada rakan berubat. Saya pergi bersama.



Hampir 5 tahun Ayah kepada rakan saya sakit-sakit badan. Antara rawatan yang pernah dilalui oleh beliau:
  • Rujuk kepada Doktor Pakar serta diagnos dengan ujian darah, MRI dan sebagainya tetapi tidak sembuh juga.
  • Berjumpa tukang urut dan berkali-kali mengurut tidak juga sembuh.


Selain sakit-sakit badan, Ayah beliau sentiasa rasa mengantuk, tiada selera makan dan sentiasa serabut pemikiran tetapi tidak tahu apa yang diserabutkan.

Takdir Allah menemukan rakan saya dengan seorang lelaki di utara tanah air yang sudi berikhtiar untuk merawat Ayah beliau.

Jadi pada hari Sabtu malam Ahad kami berempat bertolak ke rumah Hamba Allah tersebut dengan persiapan yang telah diberitahu sebelumnya. Antara bahan yang dibawa adalah limau purut, sirih, 4 batang paku 5 inci dan telur ayam.

Selepas Isya', lebih kurang jam 9.00 malam kami sampai di rumah Hamba Allah tersebut. Ketibaan kami disambut oleh Adik Hamba Allah dengan mesra. "Tadi dalam perjalanan Hang Pa mai takda apa-apa ka?". "Alhamdulillah tak ada apa-apa kami nampak" balas rakan saya. Ada 3 orang pesakit lagi yang juga menunggu untuk rawatan. "Sat na Pak Kiyai belum sampai lagi" kata Adik Hamba Allah (Adik Pak Kiyai). Dalam 30 minit kemudian, pintu bilik rawatan dibuka, "Sapa yang mai paling awal masuk dulu". Jam 11.30 malam baru tiba giliran Ayah rakan saya.

Masuk sahaja dalam bilik tersebut kami berempat memberi salam dan rakan saya menerangkan hajat sebenar datang berubat. Saya terperasan, tiada pintu selain pintu yang kami masuk tadi. Saya diamkan dalam hati, mungkin Kiyai sudah masuk sejak dari awal.

Kiyai minta Ayah rakan saya berlunjur kepadanya, "Bawa limau dak?" tanya Kiyai, rakan saya berikan limau. Kiyai membaca Selawat dan Surah Annas, "Sayyidina Muhammad..." ucap Kiyai ambil limau purut dipotong hanya mengacukan tangan, limau terbelah dua.

"Beri salam dan sebut nama kamu" kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Kata Kiyai "Ada orang niat jahat pada kamu, kamu kenal orang ini dan orang ini telah meninggal dunia. Rumahnya dekat sahaja dengan rumah kamu. Kamu pun kenal." kata Kiyai sambil berpaling pada saya. "Ada apa-apa yang kamu ingat kisah-kisah lama berkaitan tanah yang kamu beli buat rumah?" tanya Kiyai, Ayah rakan saya termenung sejenak mengingatkan sesuatu. Selepas seketika "Ya Pak Kiyai ada, arwah marah saya beli tanah tu dan tak sangka sampai ke tahap ini" keluh Ayah rakan saya. "Kamu kena maafkan dia dan jangan ingat-ingat lagi pada arwah!" tegas Kiyai.




Kiyai mengarahkan Ayah rakan saya berpaling membelakangi beliau. Paku diletakkan di hujung kaki. "Kamu sebut nama dan beri salam", arah Kiyai kepada saya. Kiyai suruh kami semua baca Ayat Kursi berterusan sehingga disuruh berhenti. Kiyai mengambil tongkat dan didirikan di sebelah belakang Ayah rakan saya. "Sebut nama dan beri salam," kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Tongkat tersebut dilepaskan dan bergerak sendiri memukul perlahan-lahan belakang Ayah rakan saya.

Kiyai kata: "Arwah guna tengkorak orang lelaki Siam (Thailand) memuja untuk sihir kamu, arwah berniat supaya kamu mati secara perlahan-lahan dan terseksa. Ada perca kain kapan yang ikat pasung dagu yang ditanam pada perdu pokok pisang rumah kamu. Ada perasan dak kelibat dalam rumah kamu?" "Ada Pak Kiyai tapi tak jelas rupa", kata Ayah rakan saya.

"Dalam rumah kamu ada dia letak dua ekoq, bila kamu kuat beramal, jin tu takut dan lari balik ke rumah tengkorak di Thailand ni. Bila kamu lalai dia pi dok ngan kamu makan zat dari tubuh badan kamu, dia juga duduk atas bahu kamu sambil tutup muka kamu sebab tu kamu rasa letih dan mengantuk, kita bawa jin tu mai sini malam ni".

"Kamu sebut nama dan bagi salam", kata Kiyai kepada saya. "Ambil teloq ayam ni angkat dengan telapak tangan ke atas" kata Kiyai pada saya. "Nampak dak, dia ada sebelah kiri kamu", kata Kiyai. "Tak nampak Kiyai," sambil tersengih kerang busuk patik jawab. "Ada dengar suara dia?" "Tak dengar Pak Kyai." jawab saya. "Minaljinnatiwannaasss 3x, dengar tak," dengar Pak Kiyai. Bunyi mcm "eeeeeeee" menjerit nyaring sambil mendengus seperti marah, kami semua dengar. Kiyai ambil telur dalam genggaman saya tadi dan beliau ramas, hancur telur tu tanpa setitik lendir, kering. "Dia makan, itulah yang dia nak buat pada kamu", kata Kiyai kepada Ayah rakan saya.

Sambil menggenggam telur ayam yang keempat (kami bawa 10 biji, 3 sudah diberi makan pada 'benda itu'). Seru Kiyai "Hei Syaitan, baliklah engkau ke asal datang mu, jangan kacau dan ganggu keluarga ini sampai bila-bila pun." kemudian Kiyai sebut Saiyyidina Muhammad dan membaling telur itu ke sebelah kiri dan telur itu terus ghaib.

Kata Kiyai, "Balik malam ni, insya Allah jika kamu tidoq mimpi didatangi seseorang dan melarang kamu dari ambil tengkorak tu malam esok tak payah mai. Jika kamu tidak bermimpi apa-apa esok mai bawa semua yang asas tadi, sarung tangan getah dan guni, kita nak bawa kepala tu mai sini dan kena buang. Esok pagi tengok kat perdu pisang ada dak perca kain kapan, kalau ada ambil masuk dalam plastik dan jangan sentuh terus dgn tangan, berbisa." Kami pun bersalaman dan balik, masa keluar dari rumah Kiyai jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Atas takdir Allah, Ayah rakan saya tidak mendapat sebarang mimpi. Pukul 8.00 pagi keesokannya saya sudah terpacak di depan rumah rakan saya sebab begitu teruja untuk turut sama mencari perca kain kafan yang dimaksudkan. Sampai jam 11.00 pagi kami berempat gagal menemui perca kain kafan berkenaan.

Jam 4.00 petang semua persiapan untuk acara penuh debaran telah disiapkan. Untuk kali pertama dalam hidup saya menempuh pengalaman yang membawa kepada rasa kerdilnya diri saya dan betapa Agongnya Allah SWT. Malam tersebut tepat jam 10 malam kami berempat tiba di hadapan rumah Kiyai dengan dua buah kereta. Sebuah Toyota HILUX dan sebuah lagi Nissan Grand Livina. Saya imamkan Solat Isya’ sebab kami semua belum solat Isya’ dekat ruang menunggu yang tidak berpintu.

Selesai solat Isya’, saya curi jengukkan kepala sebab begitu ingin tahu Kiyai masuk ikut mana dalam bilik rawatan atau memang dia sudah sedia menanti. Adik Kiyai muncul di hadapan ruang menunggu memberi salam kepada kami sambil melangkah masuk duduk bersama kami. Kiyai belum sampai kata Adik Kiyai dan benarlah sebab tiada siapa dalam bilik rawatan itu.

Sekitar jam 11.00 malam lampu bilik Kiyai menyala, adik Kiyai maklumkan kepada kami Kiyai sudah ada dalam bilik. Masya Allah, masa bila dia melintas di depan kami? Kami betul-betul duduk bersembang dengan adik Kiyai depan-depan pintu bilik. Saya simpan dalam hati sampai saat ini, biarlah antara Kiyai dengan Allah swt. Mungkin ada hikmahnya, apa yang pasti hati dapat merasa keagungan Allah SWT.

Kami berempat masuk ke bilik rawatan setelah dipelawa oleh adik Kiyai. Kami memberi salam dan terus bersalaman dengan Kiyai. Kiyai bertanyakan hal mimpi dan perca kain kafan. Ayah rakan saya maklum tiada mimpi yang menghalang untuk mengambil kepala tersebut. Perca kain itu menurut Kiyai ada cuma kami tidak nampak. “Guni bawa dak?”, Kiyai tanya.

“Malam ni atas izin Allah kita akan ambil kepala tu dan bawa ke sini. Kepala tu kepala orang betul na, kena kuat semangat. Bersedia tak ni?,” kami pun angguk tanda bersedia. Pesan Kiyai, kepala tersebut ada dalam sebuah rumah kosong di Thailand. Kepala itu boleh terapung sambil menunjukkan tinggi boleh sampai ke bumbung rumah beliau. Kiyai suruh Ayah rakan saya berlunjur mengadap beliau. Seperti biasa dimulai dengan Selawat dan memotong limau purut. “Ya Sheikh, kita ambil semua bawa mai sini malam ni, insya Allah kita bagi selesai malam ni.”, Kiyai berkata2 dengan seseorang disebelah kanan beliau. Kami tak nampak, wallahu ‘alam.

"Kamu rasa panas tak?" tanya Kiyai kepada Ayah rakan. "Ya, panas muka dan kepala sangat berbahang", berpeluh Ayah rakan. Memang benar, kami yang ada dalam bilik itu semua rasa bahang kepanasan. Kiyai memberitahu bahang itu datangnya daripada syaitan dan jin-jin yang jahat, mereka asalnya dari api dan panas. “Dah dekat nak sampai dah, depa terbang mai ke sini,” kata Kiyai.

Kiyai arahkan kami semua pusing membelakangkan beliau dan baca ayat kursi berterusan serta pejam mata. Apa yang didengari atau berlaku jangan buka mata dan beralih kedudukan.



Tiba-tiba, bunyi benda jatuh terhempas yang teramat kuat dan berat. Rasa angin hempasan yang amat kuat dalam bilik rawatan yang seluas kira 2.5m x 3m. Mata masih pejam, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dipukul dengan kuat. Kemudian Kiyai arahkan kami buka mata dan pusing mengadap beliau. Masya Allah, ada bungkusan kain merah yang diikat dengan perca kain putih di hadapan sedang bergerak-gerak dan berbunyi menjerit-jerit. “Sapa kene sentuh?” Kiyai tanya sambil memandang saya. “Dia sangat marah kat kamu, badan rasa miang-miang tak?” Saya jawab “Ya Pak Kiyai”. Kiyai buka ikatan kain yang berwarna putih. Kepala itu tiba-tiba bergerak ke arah saya. Terkejut yang amat. Kiyai kata jangan takut, selagi kepala ini  duduk dalam kain merah ni kepala ni tak boleh terapung, cuma bergerak sedikit sahaja.

“Kamu pakai sarung tangan ambil perca kain kafan ni masuk dalam plastik. Satgi keluar terus bakar dan pastikan tak terhidu asap bakaran kain ni.” Kata Kiyai pada saya. Kebetulan kaki kebas, tersentuhlah buku lali saya dengan kain putih tu. Ya Allah secara tiba-tiba rasa miang gatal dan sakit yang menyucuk yang amat sangat. Mula-mula saya diamkan kemudian sebab tidak tahan sakit, terus angkat kaki julurkan pada Kiyai. Kiyai tersenyum sambil tanya “Kain kena kaki ka?” Kiyai sedut dan buat masukkan kembali pada perca kain putih (kafan). Masa dia tarik dari kaki, bunyi menjerit yang nyaring sekali. Alhamdulillah kaki saya pulih seperti biasa.

“Nak tengok ka kepala ni? Mai letak tangan atas kepala ni’” kata Kiyai kepada rakan saya dan saya. Kami berdua letak di tangan atas kepala itu dan rasa kepala tu bergerak-gerak. Ayah rakan saya memberitahu "Takpa la Pak Kiyai, tak payah buka la, yang ni pun dah tak tahan (kepala itu menjerit-jerit sambil bergerak-gerak). "Kalau buka kepala tu akan terapung lagi la seram."

“Kepala ni satgi ikat elok2 kat belakang HILUX, ikat kuat2. Syaitan ni tinggi, boleh terbalik HILUX, kereta kecik tak mampu nak bawa berat. Jika kereta rasa macam senget atau sukar untuk dikawal stop dulu hingga reda. Kepala ni kena pi buang kat tengah hutan atau kat laut malam ni juga (tengok jam dah pukul 1 pagi)” pesan Kiyai. Pergh! Kami semua putuskan untuk membuangnya di laut. Saya ditugaskan untuk lepaskan kepala tersebut ke laut (ada ikrar saya ucap pada masa itu).

Kepala itu diikat di belakang HILUX dengan 4 penjuru ikatan (kepala dalam guni kat tengah2 ruang belakang HILUX). Sambil duduk mengikat pun kepala itu masih bergerak-gerak dan menjerit. Ayat Kursi terus menerus kami baca.

Sebelum bergerak untuk membuang kepala, saya pergi membakar perca kain kafan yang adadalam plastik itu. Jangankan mahu membakar kain, plastik pun tidak terbakar. Nasib baik juga adik Kiyai menemani saya. Rakannya 3 beranak pula sedang menguruskan ikatan kepala dalam guni di belakang HILUX. Adik Kiyai pukul dengan cemeti secara empat penjuru, “Bakar sekarang”, kata Adik Kiyai. Alhamdulillah barulah api makan plastik dan sekaligus kain kafan. Syukur Alhamdulillah.




Tugasan terakhir, jam 2.30 pagi baru kami bertolak keluar dengan HILUX. Terasa amat berat dengan kelajuan maksimum 80km/j sahaja. Ayat Kursi terus menerus dibaca hinggalah sampai ke tepi laut. Alhamdulillah saya laksanakan amanah Kiyai dengan sempurna sekali dengan baju yang saya pakai turut saya buang ke laut. Kiyai beritahu kepala itu akan terus ghaib sahaja sebab ia kepala yang dipuja.

Dalam perjalanan, adik rakan saya (tuan punya HILUX) minta tolong menghantar dia sampai ke rumah dia, rupa-rupanya dia buka mata masa saat kepala itu akan jatuh terhempas. Kepala itu tawaf keliling kami. Masya Allah...patutlah dia kecut semacam!



KLIK SINI untuk ke pengalaman menyeramkan... hehehe

Hiburan - Kontroversi T-Shirt Joe Flizzow

Kredit kepada: Laman Syok.org
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Mungkin akibat terlalu liberal menyebabkan ada sesetengah rakyat negara ini terlupa hinggakan terkeluarlah hasil yang mengarut dan bukan-bukan. Baru-baru ini portal hiburan RotiKaya ada memuat naik sekeping gambar di Facebook memaparkan seorang rapper terkenal Joe Flizzow bergambar dengan dua orang selebriti memakai baju dengan perkataan “K*TE” yang juga bermaksud alat sulit lelaki. Baju ini sebenarnya rekaan sebuah butik dalam talian di Instagram iaitu Inparliament dan apabila kami cuba membuka akaun tersebut, ianya telah dipadam ataupun ditukar nama.





Rapper wanita dari Sarawak iaitu Arabyrd dikatakan memakai baju bertulis “K*TE” tersebut sambil tersenyum gembira. Selain dari perkataan lucah itu, ada juga baju lain dengan perkataan PELACUR. Amboi bukan main lagi ye! Mahu sebut pun segan, apatah lagi memakai baju dengan perkataan sebegitu. Semakin hari seakan semakin hilang rasa malu! Apapun kami harap artis Malaysia ini dapatlah menunjukkan contoh yang baik buat golongan muda yang mungkin cepat terpengaruh dengan gaya pemakaian artis dan selebriti dan bukan sebaliknya. 



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Hiburan - Rapper Iwere Dari Klate!

Kredit kepada: Laman Syok.org
Gambar/video ihsan: Youtube



Assalamualaikum.....

Guanee boohh??!!




Apa yang menarik tentang Iwere (baca: Awe) ialah membawa lagu terbaru berjudul Oghe Kito (membawa maksud Orang Kita) penampilan bersama Dikir Warriors. Turut dilancarkan muzik video untuk lagu ini yang dirakamkan di sekitar Kota Bahru, Kelantan. Dia telah mengukir namanya dalam industri muzik tempatan dengan dialek Kelantan beliau, satu nama yang agak baru dalam industri hip hop Malaysia tetapi Iwere pastinya membuat gelombang baru dengan lagu tunggal beliau Oghe Kito, yang mungkin untuk menjadi landasan kejayaan beliau dalam industri muzik.

Di bawah didikan Mixology DJ Fuzz ini, Iwere kelihatan mewakili negerinya Kelantan dengan baik dengan 'Oghe Kito. Hip hop sentiasa mengenai twist tempatan dan Mixology adalah menyempurnakan seni ini selepas kejayaan WARIS dengan lagu Rembau Most Wanted, kini Iwere dengan lagu Oghe Kito yang bermaksud 'orang kita' adalah satu lagi tanda kejayaan.

Oghe Kito mengabungkan Dikir Warriors melihat Iwere menyanyi dan menari dengan dialek kelate menakjubkan. Dikir Warriors yang bertenaga dengan dikir dikir, nyanyian Iwere lancar tanpa cacat cela. DJ Fuzz sememangnya telah menyempurnakan seni pengadunan muzik kebudayaan tempatan dengan rentak hip hop. Tengok doh video 'Oghe Kito' ni? Kelate sekarang ada abe Jay-Z sendiri. 

Hebak sunggoh!







KLIK SINI untuk ko paute rapper klate...

Sekadar Luahan - Kenangan Kena Rotan Di Zaman Sekolah

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Teringat sewaktu zaman di sekolah. Bukan macam sekarang, kena rotan sikit udah dipanggilnya peguambela sana sini. Cikgu pula dikenakannya. Siapa cikgu siapa anak murid? Macamlah semua orang takut, walhal saiz pun sebesar semut kalau dipijak, terus lenyek tanpa kesan. Huahuahuaaa.. Di zaman sebelum milenia dahulu, kalau ada sahaja kesalahan dibuatnya, biasalah kalau kena denda. Tidak kiralah kena berdiri atas kerusi, kalau lebih pun kena berdiri atas meja. Kalau kena rotan, akan adalah kesan jalur merah buat sementara. Lagi banyak salahnya, lagi banyaklah jalurnya. Hehehe.. Tidak perlu bimbang pun, habis sahaja waktu sekolah, itu semua sudah lupa. Jalur rotan tadi pula akan hilang dengan sendirinya. Tidak perlu fikir pun. Hilang bak dibawa angin sahaja bila sudah keluar berjumpa kawan-kawan dan bermain di luar. Esok akan datang ke sekolah lagi. Mahu atau tidak, kena datang juga. Takut kena marah dan kena hambat pula dengan rotan oleh ibu bapa. 

Ada satu kenangan ketika di sekolah berasrama penuh. Ketika pada sekitar tahun 1995 atau 1996. Pagi tersebut adalah hujung minggu dan setiap kali itulah akan ada pemeriksaan bilik. Kalau ada masalah, maka akan adalah yang akan kena denda dengan rotan dan sebagainya daripada warden. Menjadi semacam trend ketika itu, rotan pada betis. Pagi itu, adalah sebuah bilik rakan yang kena denda. Ada yang gelakkan orang lain, ada juga yang buat macam biasa. Bezanya pagi ini warden dapat kayu pembaris jenis keras macam dalam foto di atas berbanding gunakan rotan. Hahaha...  Maka rakan penghuni bilik yang didenda ini pun maralah ke depan untuk dirotan pada betis dengan kayu pembaris ini. Awalnya, cuak juga, sebab yang kena rotan nanti bukannya seorang tetapi semua ahli bilik akan kena juga. Dengan sekali libas, praakk!! Terus patah. Yang dirotan pula mengangkat-angkat kedua tangan seperti ahli bina badan lagaknya. Habis semua berderai ketawa dan ada pula yang bersorak tidak ubah macam penyokong pasukan bola sepak! Hahahaha!


Artikel - Selfie Paling Berani!

Kredit kepada: Laman Syok.org
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Wooohhhoooo!! Korang ada??!!

Dari dalam air, atas air, atas darat, atas bangunan tinggi, di udara hinggalah ke angkasa lepas, budaya berselfie seperti sudah menjadi-jadi. Telefon bimbit dengan kemudahan kamera terbina dalam tidak terlepas dari tangan. Ke mana sahaja pergi, pasti ada sahaja dirakamnya. Tidak kira foto atau video, semua dirakamnya. Alasannya tidak mahu terlepas saat-saat mengujakan, menakjubkan atau apa sahaja momen yang dikira hebat yang susah diperolehi di masa akan datang. Sama ada suka-suka, bahaya atau pun memang kerja gila!


















KLIK SINI untuk lebih foto selfie gila-gila.