MY FOLLOWERS

Friday, November 2, 2012

Berita - Pancaran Solar Menjejaskan Matahari

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.........




Matahari telah memancarkan sinar yang begitu kuat pada 22 Oktober lalu (Isnin) dan membebaskan sejumlah besar gelombang radiasi ke angkasa lepas yang turut menjejaskan isyarat radio di Bumi. 

Pancaran berkenaan meletus di satu titik di matahari dikenali AR11598 (singkatan kepada Active Region 11598), dan mencapai puncak keterangannya pada 11:22 malam. Menurut saintis yang bekerja di NASA's Solar Dynamics Observatory (SDO), mereka mempunyai satu teleskop angkasa yang memantau matahri secara berterusan dengan menggunakan kamera berdefinisi tinggi. Menurut U.S. Space Weather Prediction Center (SWPC) run by NOAA and the National Weather Service, mereka mengkelaskan pancaran berkenaan sebagai X1.8, salah satu jenis pancaran solar yang terkuat. 

Titik yang sama pada matahari juga menghasilkan tiga lagi pancaran solar yang kuat sebelum ini dalam masa hanya dua hari semenjak ia dapat dilihat dari perspektif di Bumi. "Ini bermakna mungkin lebih banyak lagi pancaran solar akan muncul dan akan semakin mengarah ke Bumi kerana bintik matahari berkenaan menghala ke arah Bumi selepas ini," tulis seorang ahli astronomi, Tony Phillips dalam laman web Spaceweather.com, sebuah laman web yang mengikut perkembangan peristiwa di angkasa lepas.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

1 comment:

Mrs Jaja said...

info menarik. thanks ye sebab sudi singgah blog kite. so kite pob ziarah blog awak juga. nice blog! :)