MY FOLLOWERS

Monday, July 7, 2014

Ramadhan 2014 - Sahur Dengan Air Buah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Kuala Lumpur: Minum air buah ketika bersahur antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik. Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata, dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa yang berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan. Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah. 

"Apabila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita,” katanya.

Memandangkan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering serta jerebu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata, selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik. 

"Minuman itu akan merangsang pengeluaran air kencing dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut sependapat, pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa. Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
 
Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mengalami dehidrasi, masalah utama adalah buah pinggang kerana apabila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang selain pening dan pitam,” katanya. — BERNAMA


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: