Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kanak-kanak akan belajar dengan cara bermain. Namun di zaman moden ini, ramai kanak-kanak menghabiskan banyak masa duduk menghadap televisyen atau aplikasi di telefon bimbit menonton kartun dan rancangan kanak-kanak yang tidak memerlukan interaksi. Bukanlah mahu kata wujudnya gajet moden sebagai tidak baik cuma ia tidak boleh berlebihan. Menontonnya secara berlebihan menyebabkan anda hilang banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk mengasah kemahiran untuk imaginasinya. Kanak-kanak akan menjelajah, membiasakan diri, mudah tertarik, memberikan respon dan terus membiasakan diri dengan segala yang ada di sekelilingnya. Ini menjelaskan kenapa alat permainan dan aktiviti yang membantu kreativiti kanak-kanak direka secara terbuka atau open-ended. Lebih penting ialah kanak-kanak akan melibatkan diri dengan permainan yang menggunakan fizikal dan stimulasi mental yang memerlukannya menyentuh dan memanipulasi alat permainan yang diberi. Asalkan tidak membahayakan dirinya dan diawasi orang dewasa, biarkan sahaja dia bermain secara bebas dan mengekspresi diri mereka sendiri sambil mengembangkan penggunaan pelbagai deria menerusi permainan kreatif.
Bersepah - Keadaan ini adalah biasa di rumah. Kanak-kanak membentuk kreativiti sambil melalui keadaan ini. Jika tidak mahu bimbang dengan suasana yang sudah bersih dan tersusun, sediakan satu ruangan untuknya bermain dan buat sepah. Tidak kira alat permainan itu lori, anak patung, masak-masak, pen penanda, krayon, pensil warna, mahupun buku conteng. Lihat sendiri apakah ideanya yang muncul selepas itu.
Bercerita - Bercerita secara lisan antara cara terbaik menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta imej dalam minda mereka. Mereka perlukan pengalaman yang boleh menbantu membentuk imej tersebut. Kalau tidak mahu ia menjadi bosan, gunakan bahasa tubuh sekali. Contohnya kalau bercerita mengenai burung, tunjukkan tangan seperti burung :-) Elakkan bercerita dengan cerita seram dan yang mengarut. Bercerita pengalaman hidup juga boleh membantu.
Permainan yang open-ended - Sediakan permainan yang membolehkan kanak-kanak menggunakannya dalam pelbagai cara dan perlukan interaksi. Contoh terbaik, Lego atau blok binaan seumpamanya. Boleh juga permainan kereta dan keretapi, permainan ala masakan atau ala hospital atau anak patung bagi yang perempuan.
Berada di luar - Membantu kanak-kanak mengembangkan sifat ingin tahu mereka dan rasa kagum akan apa yang ada di sekelilingnya. Jadi bawalah mereka ke taman permainan dan rekreasi bagi membantu stimulasi audio dan visual mereka. Biarkan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain sambil berlatih kemahiran membiasakan diri dengan persekitarannya dan belajar rasa hormat pada orang lain.
Soal jawab dan buat keputusan - Ada permainan yang kanak-kanak tidak boleh bermain sendiri, jadi ibu bapa kena turut serta. Permainan yang perlukan soal jawab dan interaksi yang memerlukan mereka berfikir dan buat keputusan. Permainan seperti blok binaan atau set pembelajaran Grolier (yang saya beli) membantunya mencipta peluang.
Kreativiti bukanlah sesuatu yang dinilai dengan markah tetapi sebagai satu proses berterusan.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.
No comments:
Post a Comment