Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Perlunya zat besi adalah untuk menghasilkan hemoglobin, sejenis protein yang membantu sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Tanpanya, semua sistem akan terjejas dan membawa kepada anemia.
Tanda-tanda kekurangannya:
Kepenatan - Kekurangan zat besi menyebabkan kurangnya oksigen dibawa ke tisu-tisu badan, jadi badan akan merasa cepat letih dan kekurangan tenaga. Ada sebab kenapa mereka yang kekurangan zat besi ini mengalami anemia sering dikatakan mempunyai 'darah yang keletihan'.
Haid yang teruk - Kepada wanita, kekurangan zat besi menjadi punca utama haid yang teruk, menurut Jacques Moritz, MD, pengarah ginekologi di Mount Sinai St. Luke's Roosevelt di bandaraya New York. Wanita akan kehilangan banyak darah ketika haid, kemudian digantikan dengan yang baru dan akan hilang lebih banyak lagi untuk bulan berikutnya.
Pucat - Hemoglobin memberikan darah anda warna merah dan kulit kelihatan tidak pucat. Kandungan protein yang rendah akan 'menyedut' warna daripada kulit. Boleh dikesan bila melihat keadaan warna bibir, gusi dan bawah kelopak mata.
Kesukaran bernafas - Jika paras oksigen yang rendah, anda akan alami kesukaran bernafas. Boleh dikesan berlaku apabila menaiki tangga atau bersenam. Jika berlaku, bermakna anda mungkin kekurangan zat besi.
Jantung berdegup kencang - Jantung bekerja lebih akan membuatkan degupan jadi luar biasa, menderu, termasuk kegagalan jantung. Keadaan paling teruk hanya berlaku jika mengalami anemia buat beberapa lama. Walaubagaimanapun, jika mengalami sakit jantung, adalah lebih baik memeriksa paras zat besi lebih kerap kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Kaki yang gelisah - 15% mereka yang ada masalah ini berdepan masalah kekurangan zat besi. Lebih rendah paras zat besi, lebih teruk simptom dialami.
Sakit kepala - Tubuh yang kurang zat besi akan mengutamakan bawaan oksigen ke otak sebelum ke bahagian tisu lain, walaupun ia akan dapat kurang daripada sepatutnya. Sebagai tindak balas, arteri otak akan mengembang menyebabkan sakit kepala, menurut National Headache Foundation.
Mahu makan tanah liat, kotoran dan ais - Mahu makan bahan bukan makanan boleh jadi tanda kekurangan zat besi. Mereka yang mengalaminya cenderung untuk makan kapur, tanah liat, kotoran mahupun kertas atau ais.
Bimbang tanpa sebab - Kurangnya oksigen boleh mendorong sistem saraf simpati dan mencetuskan rasa bimbang. Degup jantung akan menjadi kencang, walaupun anda sepatutnya rasa tenang ketika itu.
Keguguran rambut - Apabila ia menjadi anemia yang teruk, ia boleh menyebabkan keguguran rambut. Sistem tubuh akan bertukar ke mod kelangsungan hidup dan menghalakan oksigen ke fungsi penting berbanding mengekalkan rambut.
Anda vegetarian - Sumbernya tidak sama rata. Badan menyerap zat besi dari daging, tenusu dan juga ikan, dua pertiga lebih berkesan daripada sumber tumbuhan, menurut pakar nutrisi Rania Batayneh, penulis The One One One Diet. Sayuran hijau, bijirin dan kekacang kaya dengan zat besi dan penyerapan lebih baik bila diambil bersama makanan yang kaya vitamin C seperti lada loceng, beri, atau brokoli.
Tiroid kurang aktif - Kekurangannya menyebabkan fungsi tiroid menjadi perlahan dan menghalang kesan penggalak metabolisma.
Kehamilan - Selain asid folik, bayi juga perlukan zat besi dan ia disedut daripada ibu. Ketika melahirkan, ibu akan kehilangan sejumlah darah. Jika sedang hamil dan kerap muntah pada sebelah pagi, mungkin anda perlu ambil zat besi.
Lidah terasa pelik - Kekurangan zat besi juga menyebabkan penurunan paras myoglobin, sejenis protein dalam sel darah merah yang menyokong kesihatan otot seperti pada lidah. Akibatnya, mereka akan merasai keradangan dan rasa licin pada lidah.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments:
Post a Comment