Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Awalnya langsung tidak tahu isu ini sudah menjadi panas sehinggalah terbaca beberapa status dan komen kawan-kawan di laman Facebook. Pautan pada videonya yang awalnya terlepas pandang dilihat semula. Bila dimainkan video, nampaklah betapa dengan bengisnya dan terdengarlah kata-kata kesat dengan bahasanya yang secantik tapak kaki (bak kata seorang kawan) dimuntahkan bertubi-tubi bak mesingan putar dari mulut perempuan ini. Ambooiihh! Lagaknya jauh mengalahkan samseng jalanan, siap pegang kunci stereng macam mahu pukul empunya kereta yang melanggar kereta putihnya. Punyalah bising pada pakcik tersebut seorang tua yang sudah berambut putih itu sambil minta bayaran. Sambil mundar mandir dengan lajunya, mulutnya pun sama juga. Habis kecoh! Puas dipujuk elok-elok pun masih 'tak makan saman'. Bukannya disengajakan pun, dan bukanlah sampai kereta tersebut kemek teruk sangat bak dilanggar jentolak atau kenderaan lain yang jauh lebih besar.
Amatlah memalukan apabila banyak pautan dan status di FB turut memaparkan apa yang disifatkan sebagai melondehkan segala macam maklumat lain berkaitan perempuan ini seperti foto kediamannya, foto peribadinya, kaitannya dengan parti politik, kereta dan nombor pendaftarannya serta nama syarikat tempat kerjanya. Ada juga yang meletakkan pautan blog memaparkan identiti perempuan ini dan serba sedikit info mengenainya dengan sikap yang jauh berbeza. Satu tindakan seperti 'mengebom' perempuan ini disebabkan sikapnya yang dikatakan kurang ajar dengan warga tua itu pada hari kejadian. Lebih memalukan lagi, kejadian ini berlaku ketika siang hari di bulan Ramadhan, bulan yang sepatutnya mengajar diri supaya lebih bersabar dan lebih bijak mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti ini.
Berkenaan warga tua ini, apa yang berlaku telah menarik perhatian myMetro untuk menemuramahnya. Kes hampir serupa sebelum ini, bila seorang pengawal keselamatan diherdik 'saya bukan bodoh!' berulang kali dan tanpa belas kasihan, pun sebab berkaitan dengan kereta! Persamaan lain, ada rupa paras tetapi perangai dikatakan kurang ajar, pun dengan warga tua! Adooiii...!!
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan. Anda juga boleh cari sendiri di Youtube untuk lihat videonya.

No comments:
Post a Comment