MY FOLLOWERS

Monday, July 7, 2014

Artikel - Untuk Yang Hati Kering: Kecederaan Dalam Sukan

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Semestinya bukan untuk yang kecut perut.

Apa-apa sahaja sukan yang melibatkan pertembungan fizikal pastinya akan mengundang kecederaan yang tidak dijangka. Tidak semestinya terlibat dalam sukan tempur seperti taekwondo, MMA, tinju atau ragbi. Sukan bola sepak juga tidak terlepas daripada menyajikan aksi agresif yang membawa kepada kecederaan serius kepada pemain yang terlibat. Daripada terkena siku lawan sampai berdarah, patah tulang keting, hinggalah kepada tidak sedarkan diri selepas merempuh lawan, digigit lawan, semuanya ada. Baru-baru ini pun, seluruh dunia lebih-lebih lagi peminat pasukan Brazil dikejutkan dengan kecederaan tulang belakang salah seorang pemainnya, Neymar selepas dirempuh pemain pasukan lawan dalam perlawan Piala Dunia 2014.  








Daripada apa yang berlaku boleh dikatakan permainan yang melibatkan risiko sebegini bukan untuk mereka yang mudah kecut perut tetapi berhati kering juga. 


KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

No comments: