Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Uiiihhh.... lega tekak!
Tahukah anda bahawa air tebu mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk
tubuh badan? Nilai zat dalam segelas jus tebu berganantung kepada
kepelbagaian tanaman dan jenis tanahnya.
Dipetik dari Mingguan Wanita, selain skurosa, air tebu juga mengandungi mineral seperti potassium, magnesium, asid amino, vitamin B3 dan asid-asid organik.
Pengambilan air tebu dapat membantu membekalkan sumber tenaga yang baik
kerana tebu mengandungi glukosa yang disimpan sebagai glikogen.
Meminum air tebu juga dapat melegakan tekak yang haus.
Dalam pada itu, tebu juga dikatakan memiliki khasiat tersendiri dalam
sistem perubatan tradisional di Asia Selatan iaitu batang dan akar tebu
digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk merawat jangkitan kulit dan
saluran urinary, bronkitis, masalah jantung, kehilangan penghasilan
susu, batuk, anemia, sembelit, jaundis dan juga tekanan darah.
Malah tebu juga boleh menyembuhkan luka serta mampu merangsang sistem imun.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.
No comments:
Post a Comment