Gambar ihsan: Freemake
Assalamualaikum.....
Dalam apa jua aktiviti, rakaman video turut memainkan peranan sebagai rekod selain daripada foto-foto. Sesudah diambil dan dilihat kembali, adakalanya sesetengah paparan tidak berada dalam keadaan atau orientation yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah jika ia adalah foto, hanya dengan klik kanan dan klik arahan rotate, dan foto akan dipusing mengikut darjah dan arah pusingan secara arah jam atau lawan arah jam dan masalah sudah selesai.
Bagaimana pula kalau itu terjadi pada paparan video?
Baru-baru ini beberapa video sudah dimuat naik di laman kumpulan di FB dan kebanyakannya dalam kedudukan condong 90 darjah. Untuk itu, penulis dicadangkan untuk menggunakan perisian untuk memusingkan video yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Maka penulis menggunakan perisian Freemake Video Converter. Untuk mencari di enjin carian Google, taipkan rotate video software free download dan banyak pilihan akan dipaparkan.
Bila sampai di halaman Freemake ini, klik pada butang Download (hijau) untuk dapatkan setup-nya. Simbol seperti huruf 'V' berwarna oren pada butang Download (rajah di atas) adalah ikon yang akan muncul bila perisian ini selesai dimuat turun dalam PC anda nanti. Install dahulu dalam PC anda untuk membolehkan anda menggunakannya.
Sesudah install, anda boleh klik pada ikon Freemake berwarna oren dan paparan ini akan muncul.
Untuk memusingkan video, pilih video yang anda mahu dan masukkan dalam senarai. Anda boleh klik pada File dan klik Add Video atau klik sahaja butang biru bertulis +Video seperti di atas. Boleh pilih satu atau lebih untuk masukkan dalam senarai menunggu anda.
Bila muncul senarai, klik pada ikon 'gunting' seperti ditunjukkan di atas dan pilihan yang senget itu akan muncul seperti di bawah....
Untuk pusingkannya, boleh klik butang rotate (warna hijau) atau klik kanan tetikus anda dan pull down menu akan muncul seperti di atas. Dalam pilihan ditunjukkan, boleh untuk pusing arah jam (Rotate CW) atau lawan jam (Rotate CCW). Boleh juga kalau mahu Flip.
Selepas klik, keadaan yang sudah dibetulkan akan ditunjukkan seperti di atas. Klik OK.
Pergi semula ke senarai menunggu anda, dan klik Convert. Boleh pilih dari pull down menu atau ikon dalam barisan di bawah senarai berkenaan. Dalam pilihan ini, anda boleh tukarkan format video anda kepada pilihan lain yang anda mahu sama ada MPEG, MP3, MP4, APPLE, dan sebagainya. Dalam pengalaman ini, penulis pilih untuk tukarkan format sedia ada kepada MP4.
Pilih tempat untuk simpan pada kotak Save As: Komputer akan buat salinan bagi setiap fail pilihan anda yang sudah dibetulkan orientation paparannya. Klik butang Convert berwarna biru.
Paparan di atas akan muncul. Tunggu sehingga proses converting selesai.
Bila selesai, klik OK dan Close. Lihat di tempat simpanan fail yang anda pilih dan salinan fail dengan format baru dan orientation baru akan ada di situ.
Jika mahu teruskan kerja-kerja converting ini, klik File dan Add Video seperti di awal tadi. Terlebih dahulu, pergi dahulu ke senarai menunggu terawal dan klik Edit. Pilih arahan Remove All dan buang dahulu semua yang ada dalam senarai tersebut. Jika anda teruskan converting video anda tanpa membuang senarai terdahulu (tidak kiralah ada satu atau lebih video dalam senarai anda), komputer akan convert sekali lagi semua yang ada dalam senarai berkenaan sekaligus, yang lama dan yang baru. Ini akan jadikan fail video redundant.
Selesai!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment