MY FOLLOWERS

Thursday, July 17, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Asam Gumpal: Menu Dari Terengganu

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Salah satu pencuci mulut terbaik di bulan puasa ini pastinya asam gumpal yang berasal dari Terengganu.

Penulis jauh merantau ke Terengganu untuk melihat sendiri kuih ini yang digelar asam gumpa oleh masyarakat di sana.

Asam gumpal yang manis dihasilkan daripada sagu dan diletakkan dengan kacang kuda atau kacang hijau. Sagunya digumpal dan dibulatkan sebelum diisi kacang di tengah-tengah. Paling sedap ia dimakan bersama santan.

Kacang yang diletakkan di tengah-tengah itu biasanya direbus sampai empuk dicampur garam selain mengikut citarasa anda sendiri.

Selain itu, garam juga dimasukkan bagi rasa asam tapi kalau inti asam gupal ini manis sikit barulah sedap. Asam gumpal dimasak sampai kering sebelum dibentuk menjadi bulat manakala sagu biji yang disiram dengan air panas.

Sagu yang dikepalkan dan dimasukkan dengan kacang akan dikukus sehingga 15 minit sehinggalah sagu tu masak.

Kuahnya juga sedap dimakan panas-panas. Rasanya sudah cukup menyelerakan terutama selepas penat berpuasa seharian. Sekurang-kurangnya tenaga kembali pulih sebelum solat terawih.

Ramai yang menjamahnya pada selepas hidangan utama tetapi penulis melahapnya dahulu sebelum menu utama.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: