Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Bukankah kalau beli barang, kita keluarkan duit?
Bukankah kalau beli barang, kita keluarkan duit?
Itulah yang berlaku ke atas satu rumah di New York. Keadaan menjadi kecoh apabila 3 sekawan ini sofa lama yang dibeli mereka terdapat duit berjumlah $40,000 disembunyikan di dalamnya. Suasana bising itu membuatkan jiran mereka ingat mereka sudah memenangi loteri. Mereka kemudiannya memulangkan semula wang itu kepada pemilik asal sofa itu. Kata salah seorang mereka, Cally Guasti, mereka membeli sofa itu dengan harga $55 bersama sebuah kerusi di kedai barangan terpakai Salvation Army. Bahagian kusyennya seperti berbonjol-bonjol.
Pada satu malam, rakan mereka membuka zip pada kusyen itu dan menemui sampul surat yang banyak. Mereka kemudian mengira wang itu di atas katil dan mendapati ia berjumlah $40,800 dengan $4000 seikat. Bersama wang itu, terdapat slip deposit atas nama wanita tua berkenaan. Rakan mereka, Werkhoven menghubunginya keesokannya.
Wanita itu memberitahunya yang dia amat memerlukan wang tersebut. Mereka kemudian ke rumah wanita itu dan memulangkannya. Dia begitu terharu apabila wang yang selama ini disembunyikannya dikembalikan. Menurutnya, sofa berkenaan telah didermakan kepada Salvation Army ketika dia mengalami masalah kesihatan. Guasti menyatakan mereka mengembalikan wang itu kerana ia bukan milik mereka dan jika mereka menggunakannya, ia adalah sesuatu yang salah untuk dilakukan.
Kalau anda pula, bagaimana? Ambil atau pulangkan? Renung-renungkan...
Kalau anda pula, bagaimana? Ambil atau pulangkan? Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment