Kredit kepada: kelab, myMetro, blog PAK MMA
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Aduhh..ia berulang lagi. Lain diminta, lain yang jadi. Walaupun sudah beritahu untuk gabungkan/merge kelas disebabkan sekarang ini bulan puasa, keadaan seperti tidak memihak kepada pihak yang merancang. Guru penasihat pun tahu kami mahu adakan latihan pada bulan mulia ini dan mereka tiada halangan untuk itu. Malangnya, pada hari pertama latihan di bulan puasa ini, yang datang hanya seorang dua. Yang tidak datang pula tanya 'esok ada kelas ke?' Hari ini pun sama, siap hantar mesej di FB lagi bertanyakan ada latihan atau tidak pada petang ini. Katanya kununnya ninja tidak boleh datang sebab berpuasa. APAHALLL??! Entah apa-apa.. Bikin sakit hati sahaja! Yang lain pun lebih kurang sama, macam-macam alasanlah diberi! Kalau universiti, lainlah cerita sebab latihan juga boleh diadakan pada sebelah malam. Kalau beginilah keadaannya, rasanya latihan pada bulan Ramadhan kali ini nampaknya teruk. Kalau harapkan keadaan kembali seperti sebelum ini, kenalah tunggu hingga selepas Raya nanti. Rancangan untuk adakan majlis berbuka pun nampak gayanya terpaksalah dibatalkan.
Kelab seni beladiri lain, masuk bulan Ramadhan, senyap terus!
Mencari muka-muka yang tidak turun berlatih di bulan puasa
Foto dari sini
Sementara itu, di FB ada seorang kawan bercerita tentang bagaimana dia terus survive walaupun sedang berpuasa. Sebagaimana dia, saya juga berlatih ketika di bulan puasa, sudah biasa sejak dari tingkatan 4 lagi. Kalau sensei yang sebelum itu membatalkan latihan, yang ini pula teruskan latihan seperti biasa.
Adakah berpuasa atau penat menjadi alasan untuk malas bersukan atau melakukan sebarang aktiviti sihat ketika di bulan Ramadhan? Sebenarnya, ia langsung tidak boleh menjadi alasan. Mungkin dari segi kebiasaan sahaja, ada yang tidak biasa atau belum pernah didedahkan sebenarnya boleh sahaja berlasak-lasak ketika berpuasa, cuma pada paras yang berpada-pada sahaja. Tidak boleh keterlaluan seperti di bulan-bulan lain.
Aktiviti sukan boleh dilakukan pada sebelah pagi atau petang iaitu sebelum berbuka. Melakukan aktiviti yang menyihatkan badan pada bulan Ramadan memang
mencabar tetapi ada waktu sesuai untuk melakukannya. Disarankan,
bersukan pada sebelah petang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu
berbuka adalah langkah terbaik.
Aktiviti agak berat boleh dipraktikkan pada waktu ini kerana ia mampu menjaga kekuatan, bentuk otot dan tubuh walaupun perut kosong. Anda tak perlu risau kekurangan cecair dan lelah pada tubuh kerana selepas berbuka puasa, kekurangan ini dapat diatasi.
Contoh aktiviti sukan pada sebelah petang dengan melakukan latihan kardio digabungkan dengan sedikit latihan beban, lari, senaman dan tarian.
Selebihnya anda boleh teruskan membaca DI SINI.
Aktiviti agak berat boleh dipraktikkan pada waktu ini kerana ia mampu menjaga kekuatan, bentuk otot dan tubuh walaupun perut kosong. Anda tak perlu risau kekurangan cecair dan lelah pada tubuh kerana selepas berbuka puasa, kekurangan ini dapat diatasi.
Contoh aktiviti sukan pada sebelah petang dengan melakukan latihan kardio digabungkan dengan sedikit latihan beban, lari, senaman dan tarian.
Selebihnya anda boleh teruskan membaca DI SINI.
Sedikit tips dari MMA Pakistan, untuk anda kekal sihat dan kuat sepanjang Ramadhan, terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan iaitu nutrisi dan hidrasi, keadaan fizikal dan mental. Selain itu, turut dinyatakan pecahan bagi pengambilan kalori yang datang dari sumber karbohidrat, protein dan lemak.
Selebihnya anda boleh teruskan membaca DI SINI.
Selebihnya anda boleh teruskan membaca DI SINI.
Selamat berpuasa :-)
No comments:
Post a Comment