Gambar ihsan: Family
Assalamualaikum....
Kalau sudah tiada rezeki, apa boleh buat ........
Itulah yang terjadi pada malam raya tahun 2010 yang lalu. Ketika ini belum ada lagi anak kedua. Yang pertama pun baru cukup setahun umurnya. Tahun yang sebelumnya adalah giliran beraya di sebelah keluarga isteri, tambahan lagi kerana masih dalam pantang selepas bersalin. Jadi tidaklah dapat beraya jauh memandangkan keadaannya yang tidak begitu mengizinkan.
Raya tahun ini, si kecil sudah setahun usianya dan sudah boleh berjalan. Tahun ini giliran beraya di sebelah keluarga suami pula. Pada malam itu, semua ahli keluarga sang isteri termasuk semua adik-beradiknya sudah pun berada di rumah. Sempatlah berbuka puasa bersama sebelum menyambut Syawal keesokannya. Sebagai persiapan akhir dan sebelum berangkat ke rumah keluarga si suami, sang suami membawalah isteri dan anak kecilnya bersama dua orang adik iparnya ke pasaraya berdekatan rumah untuk menemani mereka membelikan tudung. Suasana agak sibuk dan parkir kereta juga penuh. Jadi terpaksalah si suami meletakkan keretanya di kawasan belakang bangunan pasaraya yang agak becak akibat hujan dan tiada lampu jalan bersama kereta lain.
Ramainya pengunjung ketika itu adalah perkara biasa. Selesai membeli, si suami berjalan di belakang isterinya, terus berjalan ingin ke kereta. Si kecil didukung oleh salah seorang iparnya. Ketika berjalan, tiba-tiba dua orang iparnya yang berjalan di depan ..... hilang!! Tiba-tiba kedengaran jeritan si kecil.
"Eh! Mana anak aku...?" Alamak.. lemahlah semangat sang suami seketika sambil memanggil-manggil nama si kecil dan iparnya yang...................
...... rupa-rupanya terjatuh dalam longkang besar atau parit sedalam 1.5 meter di hadapan mereka :-O
Eeerrrkkkkkk.......... kecut sekejap perut ini..
Eeerrrkkkkkk.......... kecut sekejap perut ini..
Masing-masing tidak sedar sebab tiada lampu jalan di kawasan tersebut. Dengan bantuan orang ramai, si kecil dan ipar si suami dapat naik semula. Tiada sebarang luka-luka, cuma habis ketiga-tiganya basah kucup. Habis semuanya kotor dan berbau longkang. Tudung yang dibeli pula sudah hanyut di dasar longkang tanpa sempat diambil. Si kecil menggigil kesejukan dan menangis seketika sebelum dipujuk ibunya. Yang lagi HORROR, si kecil sebenarnya sudah terlepas sampai ke dasar, dekat kaki si ipar. Mungkin sebab dekat, maka senang sahaja meraba dalam gelap dan terus capainya dan bawa naik. Si suami terduduk seketika.... lemah semangat....
Bila masuk ke kereta, masing-masing mahu terus pulang. "Kalau tak mahu cerita pun tak boleh, semua yang kotor tu boleh tengok.." kata si suami. Bila sampai di rumah, semua terkejut. Bukan setakat kotor, apa yang dirancang pun tidak menjadi. Yang dibeli pula entah ke mana.... Kesiaaaaannnnn.....
Si suami, isteri dan si kecil pula terus bersiap untuk ke rumah keluarga sebelah suami. Dalam perjalanan, masing-masing sepakat tidak mahu ceritakan pada sesiapa. Bila buka sahaja mulut, terus disembur sang suami yang masih trauma, "Diam! Jangan bagaitau mak.." Kemudian semua diam.. Si kecil pun masih membisu dari tadi meskipun sudah membersihkan diri, trauma agaknya ....... :-)
Keceriaan selepas kejadian
Keesokannya, 1 Syawal disambut meriah. Keceriaan sudah kembali walaupun masih trauma dengan peristiwa malam sebelumnya.
Pengajaran:
Kalau mahu pergi membeli-belah pun, sekali pun tiada keadaan berunsur jenayah, janganlah sekali-kali berjalan dalam gelap. Bab keselamatan pun kena fikir juga..
No comments:
Post a Comment