Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Terengganu untuk tahun
ini diadakan pada 25-27.9.2014 bertempat di kawasan letak kenderaan di
Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Program
ini adalah anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu dan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut diadakan ialah Program
Road to MAHA. Majlis sambutan bagi acara ini telah dirasmikan oleh
Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman
pada 27.9.2014 jam 10.30 pagi.
Selain memberi peluang kepada pengunjung untuk menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan dan membuka pelbagai gerai jualan kepada pengunjung, turut diadakan ialah beberapa pertandingan iaitu menganyam ketupat, rebut kerusi, menghias buah nanas, serta diadakan majlis penyerahan replika cek kepada individu yang terbabit.
Antara yang membuka gerai pada sepanjang acara ini ialah Tekun Nasional, Agro Bank, Persatuan Asas Tani Negeri Terengganu, Felcra Berhad, SSP Global Trade, Quinara Al-Safir, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, dan banyak lagi. Gerai jualan makanan juga dibuka untuk pelanggan menjamu selera. Antara menu yang disediakan ialah nasi ayam, mee rebus, maggi goreng, nasi briyani kambing, daging kambing pusing, masakan gulai, sosej daging kambing, dan ikan bakar.