Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
SEMOGA IA MEMBAWA SERIBU KEINSAFAN.
Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan/kekayaan kita selama ini adalah daripada berkat doa orang lain.
Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.
Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan.
Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong.
Seminggu kemudian, lelaki yang satu ini merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan.
Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau.
Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema.........
"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"
"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."
"Kau salah!" suara itu membentak tinggi. "Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."
"Katakan padaku," tanya lelaki A itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?"
" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"
Renungan:
Renungan:
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.
Di samping itu, renungkanlah juga hadis ini:
Hadis no. 171 (Menunaikan Hajat Saudara)
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: ”Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rujukan hadis:
300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad., Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
10 comments:
banyak pengajaran dari cerita ni.. :)
terkedu kawan A tu. huhu. manusia tetap mempunyai kekurangan dan kelebihan masing2 yg Allah jadikan. entri yg menarik :)
sangat berguna. terima kasih kongsi :)
Salam. Terima kasih atas perkongsian cerita ini ... :)
thanx 4 diz nice entry...=)
kwn yg lupe kwn.. kwn cmni ta wujud p0wn tape.. huhu..
thanx visit my blog :)
salam singgah...
mulia sungguh hati seorang sahabat..
ohhh..termenung baca entry neh..
berdoa dan terus berdoa..jangan sombong dan gah...
yang di lihat xkan sama di dalamnya...hurm...sob3...manusia suka melihat luaran ja kan..
bella: sbnrnya menginsafkan..
alin: tu la. jgn la kita pentingkn diri sndri jer. org lain pun kene pikir jugak.
lesung batu, etong, HH: sama2 :-)
syue: pegi mana2 pun akan ada la manusia mcm tu..
haslina: :-) singgah la slalu...
rania: kawan yg ada hati btul2 baik biasanya susah nak jumpa..
ila: ye betul tuu...
Post a Comment