MY FOLLOWERS

Monday, August 8, 2011

Artikel - Asal-usul Api Di Dunia

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan mengenai asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah s.w.t. telah memerintahkan Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril a.s. pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : Sebesar kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s. pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah s.w.t. pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, seperti api yang kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.


PENGAJARAN:

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celupan setiap sungai dan hanya tinggal sisanya saja, itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya. Bagaimana pula dengan api di neraka itu sendiri.

5 comments:

Unknown said...

Ya, Allah S.W.T jauhkan kami dari seksaan api neraka....

Unknown said...

sesunguhny api neraka tak dpt disamakan kepanasannya dgn api dunia

LiFe KaMi said...

semoga kita sentiasa melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya,
azab seksaaan api neraka amatlah dahsyat..

Qaseh Dalia said...

seramnya .. jauhkanlah

THE GREEN said...

azana, life: amiiinn...

MH: ye, api di dunia hanya sekecik2 bhgn dr api neraka.

qaseh: mintak dijauhkan