MY FOLLOWERS

Sunday, August 14, 2011

Artikel - Hadis Berkaitan Sahur

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....


Hadis ini menyeru umat Islam yang berpuasa agar bersahur kerana terdapat keberkatan di dalamnya. 

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amalan bersahur ini adalah sunnah dan amat digalakkan. Sebagai muslim, yang membezakan amalan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah sahur.

Sabda Nabi s.a.w.: “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”
(Riwayat Muslim)

Sebenarnya banyak lagi, insyaAllah saya akan siarkan lagi. Oleh itu, kepada semua yang akan berpuasa esok hari, selamat bersahur.


Rujukan: 
  1. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Publication.
  2. Blog Fajridil dan laman Halaqah

No comments: