Puasa bulan Ramadhan 2011 baru sahaja bermula. Jadi, banyaklah artikel ditulis di kebanyakan blog sebagai peringatan dan renungan buat semua yang beragama Islam agar menjaga kemurnian dan kesucian bulan ini. Saya agak tertarik dengan peringatan yang ditulis di blog Redzuan-Ridz berkenaan hadis-hadis palsu mengenai kelebihan solat tarawih yang dipaparkan. Artikel mengenai kelebihan tarawih ini dan beberapa lagi yang seumpamanya sudah begitu lama disiarkan di laman maya, namun belum lagi ada sesiapa mengupas mengenai kesahihan hadis berkenaan. Samalah juga kesnya dengan artikel dosa meninggalkan solat 5 waktu, tiada pun dinyatakan siapa periwayatnya. Tambahan lagi, hadis berkenaan tidak dinyatakan siapa periwayatnya setiap kali disampaikan.
Jadi sekalipun ia benar, masih timbul perasaan ragu penulis berkenaan hal ini. Jadi untuk mengelakkan lebih banyak kesalahan kerana menyebarkan maklumat yang salah, penulis telah memadamkan entri yang sebelum ini dipaparkan berkaitan hal berkenaan.
Untuk maklumat yang lebih sahih, dinasihatkan kepada semua yang menulis perkara-perkara yang berkaitan fakta, hadis dan ayat-ayat al-Quran agar menulis sumber rujukannya.
No comments:
Post a Comment