MY FOLLOWERS

Saturday, August 6, 2011

Jalan-jalan Cari Makan - i-City, Shah Alam

Kredit kepada: Family, Nadia Rahimi
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....

Entri kali ini bolehlah dikatakan sebagai diari mengimbau kenangan sewaktu ke Kuala Lumpur sekitar Mei yang lalu. Maklumlah, kami jarang ke sini kerana urusan kerja kami di Terengganu. 

Sekitar bulan Mei yang lalu, selesai menghadiri istiadat konvokesyen di UiTM Shah Alam pada sebelah siang dan selesai makan di Tanjung Harapan pada sebelah malamnya, penulis sekeluarga berpeluang untuk singgah sebentar di i-City, Shah Alam bagi merehatkan badan dan minda buat seketika sebelum pulang semula ke Terengganu keesokan harinya. 




Beberapa hari sebelum tiba di sini, penulis sempat mendapatkan sedikit info daripada penulis blog ini yang pernah berkunjung di sini sebelum ini. Penulis tidak bercadang untuk memasukinya memandangkan kami semua tiba agak lewat.

 


Selain berpeluang merasai pengalaman bermain salji, turut menarik perhatian ialah penghibur jalanan terdiri daripada Goldman, Greenman dan Redman yang beraksi kaku bagi menghiburkan pengunjung yang hadir. Namun penulis tidak dapat merakamkan aksinya berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan semua, kehadiran mereka bertiga ini pernah mendapat liputan dalam Majalah 3 sebelum ini dalam laporannya bertajuk 'Kami Bukan Pengemis'. Sesiapa yang berkunjung ke i-City selepas jam 7 malam pasti berpeluang bertemu dengan mereka. Hanya RM2 dikenakan sebagai bayaran untuk bergambar bersama mereka. 

 
 

Dari pengalaman di sini, memanglah seronok tetapi kerana keadaan tuan pemandu juga sudah kepenatan, kami terus sahaja pulang ke hotel.

No comments: