MY FOLLOWERS

Wednesday, August 3, 2011

Artikel - Fatwa Terbaru Mengenai Rokok

Credits to: Blog Cik Gojes, Youtube
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Untuk iklan anti merokok selebihnya, KLIK SINI dan KLIK SINI


Sebagaimana yang saya baca di laman Syok.org, ada sebuah artikel yang menyatakan fatwa terbaru berkaitan rokok. Fatwa ini tidak sahaja bertumpu hanya di dalam negara ini, namun pengharamannya turut melibatkan negara-negara lain di dunia. Berikut disenaraikan 10 fatwa terbaru berkaitan pengharamannya:

  1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.
  2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
  3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.
  4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
  5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
  6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
  7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
  8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
  9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
  10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Mungkin juga ada sesetengah pihak mengatakan hukumnya adalah makruh, tetapi penulis lebih bersetuju dengan hukum haram sebagaimana yang dinyatakan. Asalnya penulis tidak menemui sebarang sebab di atas persetujuan ini, namun coretan pengalaman dan penjelasan mengenai proses penghasilan rokok oleh penulis blog ini memberikan sebab yang kukuh untuk penulis bersetuju dengan pengharaman yang dinyatakan. Di sini saya catatkan sedikit ringkasan daripada entri berkaitan fatwa rokok daripada blog berkenaan.

Utk pengetahuan saudara/i ustaz nih telah pun pergi melawat ke semua kilang rokok di seluruh Malaysia utk mengetahui bagaimana rokok itu di proses. Dan beliau juga pernah ke kilang rokok di Indonesia. Ini yang menariknya. Tahukan anda sebelum rokok tu diproses menjadik sebatang rokok, daun-daun tembakau akan diawet utk mengelakkan ianya daripada rosak sbb daun tembakau nih tak tahan. So, nak tahu tak dorg awet guna apa? Dorang awet dgn m'ggunakan ARAK. Daun tembakau tu akan diawet dgn arak sehingga arak itu sebati dan meresap ke dalam daun tembakau itu. Haaa.. Tkejut tak? Dan utk pastikan betul ke rokok tu ada kandungan alcohol, mereka telah buat kajian. Sebatang rokok = 1 beer. MasyaALLAH........
 
Mereka juga telah buat ujian ke atas orang yg smoking dan orang yg tidak smoking. Ternyata terdapat kandungan alcohol dalam badan org yg smoking dan tiada kandungan alcohol dalam bdn org yg tak smoking. 

Untuk bacaan penuh, saya sarankan anda untuk membacanya DI SINI. Nasihat penulis, sesiapa yang masih merokok, segeralah hentikan tabiat ini. Usah dipedulikan mengenai ia menjadi sumber pendapatan kepada siapa kerana nyawa anda lebih berharga. 


Hidup hanya sekali, maka jangan sampai sudah ditimpa penyakit baru hendak beringat. Bak kata orang, jangan sudah terhantuk baru terngadah. Ingatkah anda iklan kempen berhenti merokok (di atas) yang pernah disiarkan di TV sedikit masa dahulu? Mesejnya juga jelas - BERHENTILAH MEROKOK!


Selamat berpuasa!! 

1 comment:

Qaseh Dalia said...

henti kan lah merokok..!