MY FOLLOWERS

Wednesday, August 10, 2011

Artikel - Duduk Iftirash Yang Betul

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: email



Assalamualaikum....

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk iftirash yang betul dari segi kesihatan. Kalau kita lihat pada gambar rajah refleksologi di bawah, apabila dalam keadaan duduk iftirash ini, bahagian kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita mendapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirash ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, leher, tekak, hati, sinus suara, kelenjar pitituari, dan sebagainya seperti dalam gambarajah). Ini merugikan!! 

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui 'indirect reflexology exercise' untuk bahagian kritikal seperti otak, leher, tekak, dan lain-lain.



Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
"Aku melihat Nabi Muhammad s.a.w. apabila Baginda s.a.w. duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)….." (Hadis riwayat Bukhari)


Pengajaran hadis:
  1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
  2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith).
  3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah s.w.t.
  4. Amalan-amalan Rasulullah s.a.w. adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t.    
 
Selamat beramal dan menyampaikannya.

2 comments:

Anonymous said...

thanks for the best info!:D

THE GREEN said...

L: thanx bro...