MY FOLLOWERS

Saturday, August 6, 2011

Kesihatan - Buah Kurma dan Keunikannya

Credits to: email, blog Lurim
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum...

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar atau kurma sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu  kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred  yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan Ramadhan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.


Menerusi email yang diterima oleh penulis dinyatakan, terdapat cerita yang agak istimewa berkenaan asal-usul kejadian pokok tamar. 

Asal-usul kejadian pokok tamar adalah daripada lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat  dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan dimakan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat yang berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat  bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah  pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).


Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini  ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri daripada mereka  yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang daripada 55ÂșC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai.

Menurut cerita lagi, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan  pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan  boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.


Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang  atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buahnya tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tidak mampu kerana tenaga mereka tidak sekuat bangsa ini.

Buah kurma barhi


Buah kurma huluwa


Sebagaimana yang diceritakan dalam email yang diterima, debu dari pokok tamar jantan mempunyai bau seperti air mani apabila dicium. Diakui juga bukan semua makhluk menyukai bau berkenaan. Jika mahukan buah tamar yang elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini dijadikan oleh Allah s.w.t. daripada lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s.

Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian daripada kita. Jadi setiap  kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. memelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita  menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tidak perlu risau akan lalat atau semut kerana bumi barakah ini.


Pautan lain mengenai kurma ada DI SINI.

Selamat berpuasa :-)

1 comment:

~ AppLe BLosSoM ~ said...

salam..

terima kasih atas info ini..sangat menarik dan berguna..