MY FOLLOWERS

Sunday, August 21, 2011

Kesihatan - Toksin Dalam Badan

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Eyna Ibrahim



Assalamualaikum..

Toksin ialah bahan kimia yang boleh muncul secara natural atau sintetik. Ia boleh membahayakan tubuh secara dalaman atau luaran. Terdapat dua jenis toksin – endotoksin dan eksotoksin.

Endotoksin atau toksin dalaman dihasilkan oleh badan akibat makanan yang kurang berkhasiat melalui proses metabolisme.

Eksotoksin atau toksin luaran terdiri dari bahan kimia atau mikrobial. Toksin ini memasuki badan melalui makanan tercemar, air dan udara. Toksin juga boleh terhasil dari kewujudan bakteria dan yis merbahaya.

Badan secara semulajadi menyingkirkan toksin melalui organ buah pinggang, hati, kolon, kulit dan paru-paru.


Antara masalah kesihatan yang akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin ialah:
  1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah 
  2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap 
  3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya. 
  4. Kuku dan rambut yang rapuh 
  5. Badan dan nafas berbau 
  6. Sering sakit kepala,migrain
  7. Sakit leher, bahu, sendi dan otot 
  8. Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk 
  9. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid 
  10. Berat badan dan pembendungan air dalam badan (water retention)
  11. Masalah penghadaman , kesenakan dan kerap merasa loya
  12. Peningkatan tekanan darah 
  13. Kurang tenaga syahwat

4 comments:

Maicher said...

ada tips untuk buang toksin?
selain daripada minum air yang banyak.
mungkin buah ke?

BLADE EDGE said...

insyaallah, kalau ada kelapangan saya akan kongsikan :-)

Jue said...

urm pasni nak amik juvanex **bkn MLM tau hehe**lg la..utk detox

nak detox tu bole je buat sndri kan..cuma rajin x rajin je hehehe

dulu2 rajin la x mkn nasi within 1 week, minum jus buah/mkn buah pastu mnum byk air ^^

BLADE EDGE said...

jue: minum jus buah n byk minum air membantu diet. kalo minum madu lebih berkesan utk buang toksin dlm badan.