MY FOLLOWERS

Sunday, August 21, 2011

Paranormal - Kewujudan Jin Dan Dalilnya Dalam Al-Quran

Kredit kepada: Sinar Zamdurrani, Quran.com
Gambar ihsan: Quran.com



Assalamualaikum...

Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis di segmen Paranormal ini. Bukan kerana tiada bahan untuk dipaparkan, tetapi kerana terdapat beberapa bahan yang perlu disusun dahulu sebaiknya sebelum dipaparkan.

Perkataan Jin adalah satu nama jenis. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut Ginie - perkataan tunggalnya Jinny yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup dan yang gelap pekat.

Asal-usul kejadian jin ini ada diceritakan dalam al-Quran:


"Dan diciptakan jin dari nyalaan api."
(Surah Ar-Rahman: ayat 15)

Diterangkan, perkataan 'al-maarij' bermaksud api yang sangat kuat dan sangat panas atau 'al-lahab' bermaksud jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu yang berwarna merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula menyatakan 'al-maarij' itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan 'as-samuun' iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).



"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Surah al-Hajar: ayat 27)

 

Allah bertanya; "Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu?" Lalu iblis berkata: "Aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah."
(Surah al-A'raf: ayat 12)


Kewujudan jin, syaitan dan seluruh alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar bukanlah satu bentuk kisah dongeng atau kisah-kisah purba zaman dahulu. Sebagai umat Islam, adalah wajib kita mempercayai akan kewujudannya. Bahkan seluruh isi alam ini adalah hasil ciptaan Allah s.w.t. Yang Maha Berkuasa. Sebagaimana firman Allah:


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "
(Surah al-Baqarah: ayat 2)

Antara dalilnya dalam al-Quran berkaitan jin.


"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran."
(Surah al-Ah Qaf: ayat 29)


"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu)."
(Surah al-An'am: ayat 130)


Tidak dapat dilihat bukanlah bermakna sesuatu itu tidak wujud

Allah berkuasa menjadikan pelbagai ciptaan di alam ini, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada pula yang tidak boleh dilihat. Justeru, pancaindera yang lain boleh digunakan untuk mengetahui perihal kewujudannya. Contohnya angin. Ia tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai tiupannya apabila ke pantai. Begitu juga dengan bau-bauan atau elektrik yang kita gunakan setiap hari. Kita tidak dapat melihatnya, tetapi dapat mengetahui kewujudannya melalui bukti dan penggunaan peralatan yang berkaitan dengannya.

Wallahualam...

Dipetik daripada: Sinar Zamdurrani

Terjemahan ayat-ayat al-Quran di atas dipetik dari Quran.com berserta terjemahan Bahasa Inggerisnya bagi memudahkan pembaca memahaminya.

3 comments:

Unknown said...

wallahualam...jin mmg wujud kan.dulu mase duduk hostel ade kawan yang ade kebolehan utk "melihat" hehe =)

btw...hr tue jawab teka-teki kan?tahniah jwpn tue mcm betol.emy nak bg hadiah..=)nnt roger emy blk eh =p tq!

THE GREEN said...

ok.. :-)

Admin said...

Amalkan ayat 65 dalam surah Yassin untuk tahu wujudnya jin di persekitaran .. (kalau tak silap)

InsyaAllah. Allah Maha Tahu.