Credits to: Family
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum...
Saya masih ingat, pada waktu itu saya masih di darjah 1, bersekolah di sebuah sekolah rendah di Seremban, Negeri Sembilan. Ketika itu, saya bersekolah sesi petang. Pada masa itu saya baru mengenal erti puasa. Jadi belum begitu faham bagaimana ia dilakukan berbanding solat fardhu.
Ramailah juga kawan-kawan ketika itu ada yang berpuasa separuh hari dan beberapa lagi yang berpuasa penuh. Kalau ada yang mampu bertahan sehingga waktu berbuka, hebatlah sangat! Saya? hhmmm... masih makan di waktu siang seperti biasa. Cuma pada tahun berikutnya saya mula belajar berpuasa. Semestinya tiadalah duit poket untuk membeli apa-apa di kantin sekolah.
Kalau sudah namanya budak sekolah, begitulah dia. Dari rumah, saya tidak makan dari pagi tetapi apabila tiba di sekolah, saya akan curi-curi meneguk air di paip. Bila ditanya, saya kata saya berpuasa (menipu). Apabila sampai di rumah, saya akan ke surau dan berbuka seperti biasa..
Pautan berkaitan:
Kenangan Bulan Ramadhan versi terdahulu.
3 comments:
mengelat jugak rupanya dia ni..hehe
time kecik2 dulu biasa la..belum tahu pape lagi kan..
kak nur: hehehe :-D
ezad: itu la zaman budak2..
Post a Comment