MY FOLLOWERS

Sunday, August 14, 2011

Artikel - 6 Peringatan Kepada Wanita

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Gambar hiasan: pengacara RTM

  1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
  2. Hidupkan bacaan hadis Nabi s.a.w. di rumah dengan keluarga. Dianjurkan membaca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w. sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya dunia dan akhirat.
  3. Baca al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tidak mampu untuk baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium al-Quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
  4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w. seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
  5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t. atas wanita tersebut.
  6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah. Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di masjid/surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk diamalkan. Jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.

1 comment:

airazulaikha said...

terima kasih atas peringatan.. :)