MY FOLLOWERS

Thursday, January 14, 2016

Sekadar Luahan - Sekolah Baru, Semangat Baru

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Tahun baru, baju baru, kasut baru, beg baru, maka bermulalah juga sesi persekolahan baru. Begitulah juga keadaannya si kakak. Bezanya kali ini bukan macam ketika di tadika dahulu. Orangnya sudah besar, cuma mungkin sebab suasana baru dan belum biasa, menangis pun sekejap sahaja. Waktu balik sekolah, semuanya baik sahaja. Mungkin juga sebab tekanan hari pertama. Yang bagusnya ketika hari pertama ada wartawan dan jurukamera dari Bernama datang adakan temubual dengan beberapa murid bertanyakan bagaimana perasaan ke sekolah baru dan berapa jumlah duit belanja diberikan.






Menangis ketika ke sekolah baru itu biasa, tetapi tidak pula berlaku insiden murid terpaksa didukung oleh guru macam yang diviralkan sebelum ini.


Hari ketiga dan seterusnya semuanya baik sahaja.

No comments: