MY FOLLOWERS

Sunday, January 17, 2016

Kesihatan - Warna Urine Ini Tunjukkan Apa??

Kredit kepada: Yahoo Health, Yahoo SG
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

  


Kena perhatikan dan ambil tahu!

Sebelum anda pamkan sisa urin anda selepas membuang hajat, terfikirkah untuk tahu jika warnanya membawa sebarang makna? Manalah tahu jika ia sebagai memberikan isyarat bahawa mungkin tubuh anda sebenarnya sedang menghadapi apa-apa masalah kesihatan. 
 
Warna kuning gelap adalah perkara biasa (sedikit warna datang dari urochrome, satu bahagian versi dari duktus hempedu) dan warna yang datang bersamanya adalah penting.

"Jika warnanya jernih itu bagus tetapi jika ia berwarna lebih gelap, itu tandanya anda perlu minum lebih banyak air kosong," jelas seorang ahli urologi  Marc Laniado.
 
Jika warnanya jernih untuk jangka masa lama, ia mungkin tanda anda menghidap diabetes insipidus. Penghidap diabetes jenis ini membebaskan banyak air yang menjejaskan warna urin. Ia juga memberikan kesan penghidapnya menjadi lebih haus dan kitaran tidurnya akan terganggu kerana kerap ke bilik air.  

Warna kuning neon - Perubahan yang berlaku biasanya disebabkan oleh banyak sangat vitamin. "Tubuh boleh menyerap vitamin B dan C lebih cepat, tidak perlu simpan. Maka ia dibebaskan menerusi urin." kata Neal Patel, dari Royal Pharmaceutical Society.

Warna oren mungkin bermaksud dehidrasi atau banyak sangat makanan bergaram. Cyst atau tumor yang boleh membawa kepada jaundis. Pewarna makanan atau jenis ubatan juga mempengaruhi warna urin yang dikeluarkan oleh tubuh.

Warna biru menunjukkan ada pewarna makanan dan sesetengah jenis ubat yang diambil. 

Warna hijau menunjukkan tanda bagi UTI jika ia berpunca daripada sejenis bakteria Pseudomonas aeruginosa. Ia juga boleh terhasil daripada pengambilan ubat untuk merawat penyakit Parkinson dan antitekanan. 
 
Warna merah menunjukkan tanda kanser dalam saluran pencernaan dan anda perlu ambil serius mengenainya.   

Warna ungu mungkin menjadi petunjuk kepada porphyria, sejenis gangguan sangat jarang berlaku yang menjejaskan sistem saraf dan kulit.  

Jika urin berwarna coklat atau hitam, mungkin berpunca daripada ubat julap yang diambil.  

Warna putih atau seperti berkabus mungkin disebabkan jangkitan bakteria.  


Warna urin yang macam-macam:  SINI  |   


Ulasan lain



Sesetengah orang, ada yang berfikir dua kali untuk lihat sendiri warna urin mereka. Mungkinkah sebab mereka terasa sedikit geli atau jijik. Namun dari sudut kesihatan, bukan sahaja urin tetapi najis juga sesekali kena ambil tahu dan lihat juga kerana mungkin ada petanda penyakit dalam tubuh. 

Pelbagai warna urin boleh menjadi isyarat kalau tubuh seseorang itu ada penyakit. Kerap ke tandas untuk buang air kecil mungkin boleh selamatkan nyawa.

Dr. Howard Evans dari Institut Urologi Alberta dan Divisyen Urologi di Universiti Alberta telah membahagikan mengikut warna urin dan penjelasan mengenainya.

Warna jernih - Memang bagus kalau berwarna jernih pada kebiasaannya tetapi ia juga menandakan anda mungkin terlalu banyak minum air dan itu tidak bagus. Kalau sangat jernih, anda mungkin terlebih air tetapi itu sangat jarang. Kebanyakan orang yang lebih hidrasi sangat obses dan itu adalah bahaya. Risikonya ialah paras sodium yang perlu ada cukup dalam badan boleh menurun dan kalau ia turun ke paras terlalu rendah akan membahayakan diri. Buah pinggang berfungsi untuk mengawalnya pada paras tertentu dan jika terlalu banyak air, ia akan mula membuang elektrolit dari badan termasuk juga sodium. 


Kuning pudar - Urin terdiri daripada air, urea, sodium klorida, potasium klorida, fosfat, asid urik, garam organik dan bahan urobilin yang memberikannya warna kuning yang normal. Bila semuanya seimbang, maka anda juga akan seimbang :-)  Urin akan biasanya berwarna gelap dan lebih pekat pada waktu pagi sebab orang tidak minum ketika tidur, dan akan berubah apabila anda mula makan dan minum ketika siang hari.


Oren-coklat - Kalau warnanya coklat, anda mengalami dehidrasi namun ini boleh dibetulkan. Warna kuning juga begitu, maknanya anda alami dehidrasi atau menginges makanan. Kalau anda ambil vitamin B-kompleks dan C, warnanya akan jadi lebih gelap. Jika semua ini tidak membetulkan masalah dihadapi, mungkin anda alami masalah limpa atau hempedu. Tambahan lagi kalau anda lihat mata dan kulit menjadi kuning. Maka anda perlu berjumpa doktor.


Merah dan merah jambu - Kemungkinan besar urin berdarah dan berdepan masalah benign ke malignan. Jangkitan saluran urinari, batu karang, penyakit buah pinggang dan mungkin juga masalah lebih serius termasuk kanser prostat. Semua itu adalah kemungkinannya, lebih lagi kalau pendarahan itu tidak sakit menandakan anda hadapi masalah lebih serius.


Biru atau hijau - Ia menunjukkan sejenis penyakit bawaan enzim dipanggil porphyria. Biasanya ia tanda apa yang anda makan seperti ubat atau makanan yang tidak diserap dan melalui saluran pencernaan.

Putih dan berkabus - Biasanya disebabkan ada fosfat dalam urin tetapi tidak bahaya selagi tidak berkait dengan simptom seperti sakit, darah atau urinasi yang konsisten. Adakala itu menunjukkan masalah pada buah pinggang, maknanya anda membuang fosfat daripada buah pinggang yang biasanya masuk dalam saluran darah.   
 

Urin berbuih - Ada buih tandanya ada protein dalam urin yang menandakan masalah buah pinggang. Ia mungkin tanda ada banyak protein yang biasa terdapat dalam urin mereka yang ada masalah buah pinggang. Umumnya, orang tidak sepatutnya ada protein dalam urin kerana buah pinggang sudah menapisnya. Jika ruang pori dalam penapis di buah pinggang jadi lebih tebal, maka lebih banyak protein akan keluar dan itu akan menjadi masalah.

Bau sayuran - Urin berbau bukan tanda ada apa yang tidak kena, ia cuma tanda anda ambil ubat atau sekadar apa yang dimakan. Ada sesetengah orang apabila memakan asparagus, esoknya urinnya akan berbau pelik. Urin lebih pekat mempunyai bau lebih kuat. Urin yang ada jangkitan tiada bau yang teruk. 



Biasanya keluaran urin adalah hasil minum air kosong 2 liter sehari kerana itulah yang sebenarnya diperlukan semua orang. Air merupakan solusi terbaik kerana itulah antara perkara yang menjadikan anda sihat. Bila anda hidrat, anda akan lebih sihat dan bertenaga.


Minum air banyak-banyak:  SINI  |    



No comments: