MY FOLLOWERS

Monday, January 25, 2016

Hiburan - Video Game XBox 360 Cloning Clyde

Kredit kepada: Wiki, ninja Bee, Metacritic, Youtube
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Cloning Clyde ialah satu permainan video keluaran NinjaBee keluaran tahun 2006 yang kini dimainkan di pelantar Xbox Live Arcade bagi XBox 360. Sebelum itu pada 2011 ia dimainkan di komputer dengan Microsoft Windows. Permainan ini mengetengahkan sekumpulan klon orang yang sama bernama Clyde yang diperangkap di sebuah makmal secara paksaan. Semua klon ini boleh bekerjasama untuk melepaskan diri daripada makmal klon yang memerangkapnya.

Apa yang pemain perlu buat selain mengetahui jalan ceritanya ialah menggerakkan Clyde dalam pengembaraannya menyelesaikan semua misi di semua 24 peringkat bagi membantunya melepaskan diri.

Permainan ini dibangunkan dengan corak permainan yang dinamik, kreatif, penuh kepelbagaian dan kembara serta memberi kelebihan pada watak Clyde yang dikawal untuk 'menukar giliran' antara beberapa klonnya pada bila-bila masa dalam usaha untuk menyelesaikan teka-teki yang besar. Tambahannya, Clyde boleh menggabungkan DNAnya dengan pelbagai haiwan atau objek yang disediakan di setiap peringkat, menggunakan mesin khas yang disediakan untuk mendapatkan abiliti atau kebolehan tertentu untuk digunakan di peringkat itu. Setiap peringkat ada abiliti berbeza. Setiap Clyde boleh bermutasi hanya sekali dan bila sudah selesaikan semua peringkat, pemain boleh memilih "Mutant Clyde" menggunakan menu 'cheat' dan boleh mengakses semua abiliti kecuali untuk Rock Transformation.

Pemain perlu selesaikan semua 24 peringkat dan mengakses semua portal dalam makmal itu untuk membebaskan diri. Setiap portal akan membawa pemain ke pentas permainan dengan setiap satunya ada tema seperti artik, gurun, paya, dan banyak lagi. Terdapat 10 cabaran boleh dipilih yang tidak memerlukan pemain mengalahkan permainan ini tetapi masih perlu untuk dapatkan semua 12 pencapaian.

Hanya satu Clyde boleh keluar dari portal selepas selesaikan misi di pentas itu dengan semua klon lain perlu keluar menerusi saluran udara disediakan. Menyempurnakan misi akan tambahkan lagi mata bonus dan peluang untuk dapatkan pencapaian.

Selain itu ada banyak figura aksi "Killer Kenn" untuk dikumpul untuk dapatkan lagi mata bonus. Anda boleh juga lihat paparannya di Youtube.





Klon bersepah sana sini:  SINI  |  SINI  |  SINI  |   SINI   |  



No comments: