Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Satu perjumpaan kumpulan HijrahRM diadakan pada 15.1.2016 bertempat di Lawang Room, Hotel Felda Residence Kuala Terengganu jam 3 hingga 6 petang. Perjumpaan ini dihadiri sekitar 15 orang dan dikendalikan oleh Haji Bahrin yang juga selaku ejen pelaburan di unit amanah Public Mutual.
Dalam perjumpaan kali ini, dicadangkan untuk mewujudkan satu organisasi dengan ahli jawatankuasa bagi kumpulan ini. Selain itu ada disebut tentang perancangan pelaburan untuk sepanjang 2016 serta dikongsikan beberapa tips yang baik daripada para ejen pelaburan meliputi aspek kerjaya, kewangan dan manfaat kerjaya (career benefit). Antaranya ialah persistent, fokus, dan perlu ada motivasi diri.
Sesi perjumpaan ini diadakan secara santai dan makan minum disediakan oleh pihak penganjur. Sesi akan datang bakal diadakan pada 17.2.2016 nanti.
No comments:
Post a Comment