Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Seorang pejalan kaki menemui satu cengkerang bersaiz semeter panjang di sebuah tebing sungai di Argentina yang merujuk kepada glyptodont, iaitu sejenis hidupan armadillo gergasi prasejarah. Ada yang kata ia seperti telur dinosor.
Seorang lelaki, Jose Antonio Nievas menemui cengkerang itu berdekatan ladang di Carlos Spegazzini, sekitar 40 km dari selatan Buenos Aires.
Dia kemudian memberitahu pihak stesen tv Todo Noticias bahawa dia menemui cengkerang itu dalam lumpur dan mula menggalinya. Banyak pihak yang menonton siaran berkenaan penemuan ini menyifatkannya sebagai cengkerang glyptodont.
"Tidak syak lagi ia memang glyptodont. Haiwan ini telah pupus beribu tahun lalu dan adalah biasa apabila menemui fosilnya dalam kawasan ini." kata ahli paleontologi, Alejandro Kramarz dari Bernadino Rivadavia Natural Sciences Museum.

Glyptodont adalah susur galur keturunan bagi armadillo yang ada sekarang ini. Ia mempunyai cengkerang bulat keras dan beratnya boleh melebihi 1 tan. Ia hidup di Amerika Selatan selama jutaan tahun. Kramarz menganggarkan spesimen dijumpai oleh Nievas mungkin masih muda sekitar 10,000 tahun.
Sumber menyorok jutaan tahun: SINI |
No comments:
Post a Comment