MY FOLLOWERS

Thursday, January 14, 2016

Hidupan Liar - 10 Jenis Hidupan Pelik Ditemui Sepanjang 2015

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Setiap tahun, ramai saintis dan pengkaji masuk ke hutan dan meneroka lautan, padang pasir malah melihat koleksi di muzium untuk memeriksa spesis haiwan dan ada yang menemui spesis baru. Sehingga kini pun sudah banyak spesis baru ditemui dan masih banyak lagi yang dijangka bakal ditemui.

Pada 2015, pengkaji menemui satu spesis dipanggil naga laut merah di perairan Australia, satu spesis kura-kura gergasi di Kepulauan Galapagos dan sejenis cacing berduri dengan 30 kaki di China. Apabila sudah ditemui, penting bagi semua pihak melindunginya daripada pencemaran, kehilangan habitatnya, dan gangguan daripada haiwan pemangsa.

Buat masa kini, saintis sibuk mengkaji dan mempelajari tentang spesis baru sama ada ia boleh membawa kepada penemuan bahan baru, kemajuan robotik dan perubatan.





1. Monyet bersin

Ia menghuni kawasan utara Myanmar, dengan warna hitam dan putih serta mempunyai rupa hidung yang pelik sehingga boleh dimasuki air ketika hujan. Untuk mengelakkan keadaan itu, ia akan letakkan kepalanya di antara dua lututnya apabila hujan supaya tidak perlu bersin. Itu info diperoleh menurut pihak World Wildlife Fund (WWF).

Pengkaji mengumumkan kewujudan monyet ini (Rhinopithecus) pada 2010 tetapi menurut laporan WWF pada 2015, ia telah ditemui di bahagian timur Himalaya antara tahun 2009 dan 2014 dan menjadi antara 211 spesis yang ditemui di kawasan itu.





2. Siput paling kecil di dunia

Moluska kecil ini antara 48 spesis siput dikenalpasti oleh pengkaji dalam kajian mereka. Ditemui di Borneo mengatasi spesis siput ditemui di China bagi kategori paling kecil di dunia. Siput ini dikenali sebagai Acmella nana mempunyai cengkerang lutsinar dan berkilat dengan ukuran sekitar 0.027 inci  atau 0.7 mm tinggi dan tinggal di hutan tropika di bukit batu kapur. Disebabkan terlalu kecil, maka pengkaji menggunakan penyodok untuk mengambilnya bersama kotoran dan melihat di bawah mikroskop. Ia memakan bakteria dan fungus yang ada di atas batu kapur.






3. Burung pengganas

Satu spesis burung ditemui pengkaji mempunyai ketinggian 3m dan tinggal di Amerika Selatan. Spesimen burung ini dipercayai hidup sekitar 1.8 juta tahun lalu dan menyebabkan burung lain menjadi panik. Spesis ini dikenali sebagai Llallawavis scagliai tinggal di timur perairan Argentina. Spesimen burung ini berusia 3.5 juta tahun lalu adalah yang paling sempurna dengan 90 peratus tulangnya masih bercantum. Struktur dalamannya menunjukkan burung ini berupaya mendengar jejak mangsanya dari jauh walaupun dengan frekuensi bunyi yang rendah.




4. Tebuan Dementor

Pengkaji menamakan tebuan ini iaitu Ampulex dementor, sedemikian berdasarkan satu watak makhluk dalam filem Harry Potter yang menyedut memori gembira mangsanya. Tebuan ini memakan lipas dengan cara yang menakutkan. Ia menyuntik racun ke dalam perutnya dan menjadikannya seperti zombie sebelum tebuan itu memakannya hidup-hidup. 




5. Spesis mamalia marin Ounalashkastylus tomidai

Satu spesis mamalia marin berusia 23 juta tahun bersaiz seekor badak air ditemui. Ia menggunakan muncungnya seperti penyedut vakum untuk memakan alga dan rumpai laut di persisir pantai. Hidupan ini yang sudah pupus dikenali Ounalashkastylus tomidai ada dalam kelompok Desmostylia, satu-satunya hidupan mamalia marin yang diketahui pupus, kata pengkaji kepada Live Science.

Pengkaji menemui 4 rangka haiwan O. tomidai ini termasuk seekor anak di Unalaska.





6. Labah-labah jenis "Skeletorus" dan "Sparklemuffin"

Kedua-dua spesis labah-labah merak atau peacock spider ini dinamakan sedemikian mengikut warna terang yang dimiliki dan pergerakannya seperti menari. Skeletorus (Maratus sceletus) mempunyai penanda warna hitam dan putih manakala Sparklemuffin (Maratus jactatus) pula mempunyai penanda warna merah dan biru. Kedua-duanya ditemui di Australia.


 

7. Jengking laut gergasi

Dalam satu kerja penggalian kawah impak meteorit purba di Sungai Iowa, pengkaji menemui satu fosil jengking laut sebesar saiz manusia dengan anggota badan yang tajam dan bersaiz pendayung berusia sekitar 460 juta tahun lalu. Spesis Pentecopterus decorahensis ini memakan hidupan laut seperti sesotong ketika siang hari. Ia sejenis atropod yang sekelompok dengan ketam ladam dan araknid.




8. Ular berkaki empat

120 juta tahun lalu, ada sejenis ular mempunyai 4 kaki. Fosil spesis ini ditemui dalam bahan pameran di muzium fosil dari Crato Formation di timur laut Brazil. Muzium Solnhofen  di Jerman melabelkannya sebagai fosil tidak dikenali. Spesis Tetrapodophis amplectus, ini berukuran 20 cm.




9. Tikus dengan gigi puntianak  

Sejenis roden ditemui di Sulawesi, di Kepulauan Indonesia mempunyai rupa yang pelik. Spesis Hyorhinomys stuempkei, mempunyai hidung muncung dengan gigi seakan puntianak dalam tv.




10. Dinosor pemakan sayur  

Spesis dikenali Chilesaurus diegosuarezi tidak serupa dengan saudaranya dinosor T-Rex yang memakan daging kerana ia memakan tumbuhan. Ia ditemui dalam satu kerja penggalian pada 2010 di selatan Chile. Spesis berusia 145 juta tahun ini mempunyai karakteristik termasuk dalam kelompok theropod. 



Yang pelik-pelik dijumpai sana sini:  SINI  |        

No comments: