Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais al-Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya belang-belang. Walaupun cacat, dia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepada ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan ibunya. Hanya ada satu permintaan yang sulit ia kabulkan.
"Anakku, mungkin Ibu tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar Ibu dapat mengerjakan haji," pinta ibunya. Uwais termenung. Perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak bekalan tetapi Uwais sangat miskin dan tidak mempunyai kenderaan.
Uwais terus berfikir untuk mencari jalan. Kemudian, dibelilah seekor anak lembu, tetapi mana mungkin ada orang pergi Haji naik lembu. Kemudian dia membuat sebuah kandang di puncak bukit. Setiap pagi beliau menggendong anak lembu itu naik turun bukit sehingga ramai orang mula mengatakannya sudah gila.
Belum pernah ada hari yang dia terlewat menggendong lembu naik turun bukit. Masa berlalu dan anak lembu itu makin besar, dan makin besar juga tenaga yang diperlukan Uwais. Kerana dia berlatih menggendong anak lembu itu setiap hari, bebanan memikulnya semakin tidak terasa lagi.
Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah semakin berat, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Ia menjadi kuat untuk mengangkat barang. Tahulah sekarang orang-orang apa maksud Uwais menggendong lembu itu setiap hari. Ternyata ia sebagai latihan untuk menggendong ibunya.
Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Makkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.
Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka'bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah. Di hadapan Ka'bah, ibu dan anak itu berdoa. "Ya Allah, ampuni semua dosa ibu," kata Uwais. "Bagaimana dengan dosamu?" tanya ibunya kehairanan. Uwais menjawab, "Dengan terampunnya dosa Ibu, maka Ibu akan masuk syurga. Cukuplah redha dari Ibu yang akan membawa aku ke syurga."
Subhanallah, itulah keinganan Uwais yang tulus dan penuh cinta. Allah SWT pun memberikan kurnianya dengan menyembuhkannya dari penyakit sopaknya. Hanya tertinggal bulatan putih di tengkuknya. Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan disisakan di tengkuk? itulah tanda untuk Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat utama Rasulullah s.a.w. untuk mengenali Uwais.
Mereka berdua sengaja mencari Uwais di sekitar Ka'bah kerana Rasulullah s.a.w. sudah berpesan "Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua."
"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)." (HR. Bukhari dan Muslim)
Cerita Kehidupan Uwais al-Qarni
Ada seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni tinggal di Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya juga buta. Ibunya adalah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.
Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan mengembalakan kambing-kambing orang pada waktu siang hari. Upah yang diterimanya cukup buat nafkahnya dengan ibunya. Jika ada yang lebih, dia akan gunakannya untuk membantu jiran-jirannya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia dan ibunya. Demikianlah pekerjaan Uwais al-Qarni setiap hari.
Uwais al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Uwais al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Alangkah sedihnya hatinya setiap kali melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Nabi Muhammad, sedangkan dia sendiri belum pernah berjumpa dengan Rasulullah. Berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah kerana terkena batu yang dilemparkan oleh musuh-musuhnya, juga telah didengarinya. Segera Uwais mengetuk giginya dengan batu hingga patah. Hal ini dilakukannya sebagai ungkapan rasa cintanya kepada Nabi Muhammmad s.a.w. sekalipun dia belum pernah bertemu dengan beliau. Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais untuk menemui Nabi s.a.w. semakin mendalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, bilakah agaknya dia berpeluang untuk bertemu dan memandang wajah beliau dari dekat? Ia rindu mendengar suara Nabi s.a.w., kerinduan kerana iman.
Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia sanggup meninggalkannya dalam keadaan yang sedemikian? Hatinya selalu gelisah. Siang dan malam fikirannya diliputi perasaan rindu untuk memandang wajah nabi Muhammad s.a.w..
Akhirnya, kerinduannya kepada Rasulullah yang selama ini dipendamkan tidak dapat ditahan lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, menyatakan isi hatinya dan meminta izin untuk pergi bertemu dengan Rasulullah di Madinah. Ibu Uwais walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Dia berkata, "Pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang."
Betapa gembiranya hati Uwais setelah mendengar kata ibunya itu. Segera ia berkemas untuk berangkat. Namun, ia tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Maka berangkatlah Uwais Al-Qarni menuju Madinah.
Uwais Ai-Qarni Pergi ke Madinah
Setelah menempuh perjalanan jauh, akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga di kota Madinah. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad s.a.w.. Setelah ia menemukan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi s.a.w. yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada di rumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. Betapa kecewanya hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak dapat berjumpa dengannya.
Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi dari medan perang tetapi tidak tahu bilakah Nabi akan pulang. Sedangkan masih terngiang lagi di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit itu, agar ia cepat pulang ke Yaman setelah menemui Baginda.
Akhirnya, kerana ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Kerana hal itu tidak mungkin, maka Uwais terpaksa memberitahu kepada Siti Aisyah ra untuk dia segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi s.a.w. Setelah itu, Uwais pun segera berangkat pulang dengan perasaan yang amat sedih.
Peperangan telah usai dan Nabi pun pulang menuju ke Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi s.a.w. menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya, dan dia adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah dan para sahabat terkejut. Menurut keterangan Siti Aisyah, memang benar ada yang mencari Nabi dan segera pulang kembali ke Yaman kerana perlu menjaga ibunya yang sudah tua dan sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan keterangannya tentang Uwais al-Qarni, si penghuni langit itu, kepada para sahabatnya."Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih di tengah talapak tangannya."
Sesudah itu Nabi s.a.w. pun memandang kepada Ali r.a. dan Umar r.a. seraya berkata, "Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi."
Waktu terus berganti, dan Nabi s.a.w. kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi tentang Uwais al-Qarni, si penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi s.a.w. itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib r.a. Sejak saat itu setiap kali ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar dan Ali selalu menanyakan tentang Uwais, si fakir yang tidak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari.
Rombongan kalifah dari Yaman menuju ke Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera khalifah Umar dan Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, khalifah Umar dan Ali pun segera pergi menjumpai Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam tetapi Uwais pula sedang solat. Setelah mengakhiri solatnya dengan salam, Uwais menjawab salam khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi s.a.w. ini dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi s.a.w. dahulu. Memang benar! Terlihatlah tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.
Wajah Uwais al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi s.a.w. bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, "Abdullah." Mendengar jawapan Uwais itu, mereka tertawa dan mengatakan, "Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?" Uwais kemudian berkata, "Nama saya Uwais Al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahawa ibu Uwais ketika itu telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, baru sekarang dia dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, "Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, "Kami datang ke sini untuk memohon doa dan istighfar daripada anda seperti yang dikatakan Rasulullah sebelum wafatnya."
Kerana desakan kedua-dua sahabat ini, Uwais akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan sebahagian wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais berkata, "Hamba mohon supaya hari ini sahaja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Fenomena Ketika Uwais Al-Qarni Wafat
Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah ramai orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafankan, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya. Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut untuk mengusungnya.
Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais Al-Qarni adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tidak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu."
Berita meninggalnya Uwais al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais al-Qarni. Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais al-Qarni disebabkan permintaan Uwais al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar ra dan Ali ra, agar merahsiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w. bahawa Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.

No comments:
Post a Comment