Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Lautan luas merupakan satu kawasan yang sangat dalam dan semakin jauh ke bawah, ia akan semakin gelap. Semakin dikaji semakin banyak pula bentuk hidupan marin yang ditemui. Tidak mustahil yang kelihatan agak pelik yang boleh mengeluarkan cahaya untuk membantunya bergerak dan hidup. Begitu juga dengan satu spesis jerung yang baru ditemui dipanggil jerung ninja. Memang namanya sahaja kedengaran agak pelik dan mendapat inspirasi daripada warna pakaian ninja dan sifat sembunyi-sembunyi pahlawan itu.
Spesis baru dikenali itu bukanlah satu-satunya yang bercahaya dalam lautan kerana ada lagi hampir 40 spesis jerung dipanggil lanternsharks, pemangsa marin yang mampu bercahaya untuk hidup dalam laut di seluruh dunia seperti di Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Maklumat ini adalah menurut Vicky V¨¢squez, seorang ketua penulis laporan terbaru dan penuntut lulusan sains marin di Pacific Shark Research Center di California.
Beliau juga menyatakan dalam laporannya jerung ini buat pertama kali ditemui di luar pantai Pasifik di Amerika Tengah.
Pada 2010 yang lalu, pengkaji memerhati 8 ekor spesis jerung cahaya ini berenang di kedalaman antara 0.5 hingga 0.9 batu di bawah permukaan air. Namun para saintis belum lagi dapat menganalisa hasil pemerhatian mereka pada masa itu. Dalam laporan terbaru itu, pengkaji meneliti analisis sifat spesis itu yang dikaji pada 2010 dan menyimpulkan bahawa spesis itu datangnya dari spesis baru jerung cahaya yang mempunyai warna hitam yang sekata, berlawanan dengan kelabu dan perang pada spesis lain.
Spesis ini juga mempunyai bilangan dan taburan fotofora iaitu sejenis organs kecil yang menghasilkan cahaya pada badannya. Spesis lain mempunyai fotofora pada bawah perutnya. Spesis baru ini pula mempunyai ciri ini sangat sedikit dan ada di bahagian kepalanya.
Pengkaji belum lagi melihatnya bercahaya tetapi ia mungkin mengeluarkan sinar kebiruan seperti spesis dalam kelompoknya. Tambahnya lagi mereka menganggap jerung ini tidaklah bersinar terang seperti spesis lain kerana mempunyai bilangan fotofora yang sedikit. Tidak jelas mengapa ia bersinar tetapi mungkin membantunya bersembunyi daripada hidupan lain yang berenang di bawahnya, menarik perhatian mangsa seperti ikan dan sotong kecil atau sebagai medium komunikasi.
Pengkaji menamakan spesis ini sebagai Etmopterus benchleyi, mengambil nama Peter Benchley, penulis buku "Jaws" dan penulis pembantu bagi adaptasi filem pada 1975. Filem ini mencetuskan peringatan kepada orang awam kepada jerung, seterusnya memperkenalkan Anugerah Benchley bagi mengiktiraf pencapaian dalam konservasi lautan. Namun ia juga digelar jerung ninja merujuk kepada warna hitam sekata dimilikinya seperti ninja.
Saiz jerung ada pelbagai dari jerung putih dengan 4.9 meter hingga 0.5 meter yang bercahaya.
"Kita fikir jerung hanya ada sejenis dan tidak faham kekompleksan sebenarnya dan peranan yang dimainkan dalam ekosistem. Bukan semuanya pemangsa apeks." kata V¨¢squez.
Berenang senyap-senyap cari mangsa: SINI |
No comments:
Post a Comment