Kredit kepada: Liverpool Echo
Gambar ihsan: Liverpool Echo
Gambar ihsan: Liverpool Echo
Assalamualaikum.....
Kurus dalam tempoh kurang dari setahun!
Keri Irvine kini sangat gembira kerana telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak separuh daripada saiz asalnya. Wanita berumur 23 tahun ini berjaya menurunkan saiz badannya daripada 20 kepada 10 hanya dalam tempoh kurang dari setahun. "Saya berasa seperti orang lain," katanya sambil tersenyum. "Saya berjaya menurunkan berat badan hampir 6st (38.1kg) dan begitu berkeyakinan. saya berasa sungguh ceria, lebih sihat dan lebih positif. Segalanya boleh menjadi kenyataan jika ada keazaman." Keri berdepan dengan masalah pemakanan selepas memakan makanan segera, namun satu percutiannya telah membuatkannya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan kesan kepadanya untuk berusaha dan bertindak. "Ketika itu saya baru 22 tahun dan berat hampir 17st (107.95kg), saya begitu tertekan dan hilang keyakinan. Saya memakai pakaian saiz 20 dan saya benci melihat keadaan diri saya. saya ambil banyak makanan ringan seperti makanan rangup, kek, piza, dan Coke kerana merasakan itulah sahaja cara untuk menghilangkan tekanan disebabkan keadaan saya ini."
"Saya menjadi kurang bertenaga dan kurang bergaul atau bertemu kawan-kawan kerana takut mereka menilai saya berdasarkan saiz saya ketika itu. Saya lebih banyak mengasingkan diri dalam bilik dan menangis. " Pada hari-hari biasa Keri akan tinggalkan sarapan dan lebih suka makan makanan ringan. "Kalau ambil sarapan, saya akan makan Kitkat atau biskut, makan tengahari dengan sandwic, biskut dan Coke, minum petang dengan piza atau roti halia, atau makanan yang boleh segera dimasak dalam ketuhar kemudian makan aiskrim. Apa sahaja yang segera, kemudian makanan ringan atau snek di antaranya."
Gaya pemakanannya yang tidak sihat itu telah menjejaskan kesihatannya dan pada usia seawal 20 tahun, dia telah membuang batu karang. Doktor yang merawatnya mengatakan dia obes dan dia telah mencuba untuk mengubah diet pemakanannya beberapa kali sebelum ini namun tidak berjaya dan dia akan kembali kepada gaya pemakanan asalnya. Namun satu foto percutiannya memaparkan lengannya nampak besar, buatkannya agak takut. _Keri kemudiannya menghubungi ejen Herbalife ketika beratnya 16st 11lb (106.6kg). Piahk mereka menilai beratnya dan membentuk program yang sesuai dengannya. Dengan mengambil produk Herbalife, gaya pemakanannya berubah dengan ketara. Sarapannya dengan shake Herbalife, diikuti bar protein atau buah atau 3 jam kemudian, dan minuman shake Herbalife pada tengahari. "Saya juga minum banyak air atau teh Herbalife." Kini beratnya 5st 9lb (53kg) dan kerap ke gym.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment