MY FOLLOWERS

Tuesday, April 1, 2014

Kesihatan - Adakah Anda Suka Kutip Makanan Yang Terjatuh?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Bila ada makanan terjatuh, adakah anda akan mengambilnya? Bagi masyarakat kita, ada yang ambil, ada juga yang membiarkan sahaja sehingga tiba waktunya tempat makanan terjatuh itu akan dibersihkan bersama makanan itu sekali. 

Sekumpulan pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian dipanggil Peraturan 5 Saat bagi mengetahui jika terdapat kebenaran dalam kata-kata orang mengenai makanan yang terjatuh. 

Mereka yang obses dengan kebersihan biasanya akan ragu-ragu untuk mengambilnya kembali dan tindakan itu berasas. Mengikut Profesor Anthony Hilton dari Universiti Aston, memakan makanan yang sudah terjatuh atas lantai masih ada risiko jangkitan kerana ia banyak bergantung kepada jenis bakteria yang terdapat pada permukaan berkenaan. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankannya membuktikan terdapat kewajaran pada peraturan ini. 

Tempoh masa bagi makanan bila ia terjatuh atas lantai ialah faktor signifikan untuk bakteria berpindah ke makanan tersebut. Karpet sebenarnya permukaan paling bersih jika makanan terjatuh, kontra daripada pendapat ramai sebagai permukaan penuh bakteria. Ia mempunyai risiko paling rendah kepada pemindahan bakteria. Kumpulan pengkaji juga melakukan kajian ke atas orang ramai dan mendapati 87% responden akan kutip semula makanan yang terjatuh itu dan biasa melakukannya sebelum ini. 

Hasil kajiannya belum lagi direplika, dikaji semula atau diterbitkan dalam jurnal saintifik, jadi adalah bijak jika berfikir 2 kali sebelum mengutip makanan yang terjatuh.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: