MY FOLLOWERS

Saturday, April 26, 2014

Hiburan - Siri Heroes

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


 

Heroes ialah satu drama bersiri Amerika dicipta oleh Tim Kring dan disiarkan di saluran NBC selama 4 musim dari September 2006 hingga Februari 2010. Siri ini pernah disiarkan juga di saluran TV3 di Malaysia. Siri berkisar pada kalangan orang biasa yang mendapati mereka mempunyai kelebihan luar biasa dan bagaimana ia mengubah kehidupan yang mereka lalui. Siri ini disiarkan dengan diselitkan paparan kreatif ala buku komik, pautan kisah-kisah pelbagai episod yang membawa kepada jalan cerita yang lebih besar. Siri ini berlangsung selama 4 musim dengan sebanyak 87 episod.

Siri ini diterbitkan oleh Tailwind Production dengan kerjasama Universal Media Studios. Siri ini juga mendapat pencalonan dan telah memenangi beberapa anugerah antaranya Primetime Emmy Awards, Golden Globes, People's Choice Awards dan British Academy Television Awards. 

Siri ini turut dilanjutkan dalam bentuk komik dinamakan Heroes 360 Experience yang kemudiannya dinamakan Heroes Evolution, bagi mengembangkan lagi watak-watak serta jalan cerita dan kaitannya dengan jalan ceritanya dalam siri tv.

Lanjutan daripada siri ini, diterbitkan pula siri miniseries Heroes Reborn dengan mengetengahkan generasi baru dan beberapa watak daripada siri Heroes ini seperti Mohinder dan Hiro Nakamura. 

Siri ini dibintangi Milo Ventimiglia, David Anders, Kristen Bell, Santiago Cabrera, Jack Coleman, Greg Grunberg, Robert Knepper, Ali Larter, James Kyson Lee, Masi Oka, Hayden Panettiere, Adrian Pasdar, Zachary Quinto, dan Sendhil Ramamurthy

 

Sumber keperwiraan:  SINI   |  SINI   |  

No comments: