MY FOLLOWERS

Wednesday, April 23, 2014

Artikel - Akrobatik

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Sebelum ini penulis ada coretkan tentang kedatangan seorang juara sukan freerunning dan serba sedikit mengenai sukan parkour. Hari ini mari kita ke belakang lagi untuk mengetahui asal usul permulaan gerakan-gerakan yang dilatih dalam sukan berkenaan. 

Ia bermula dalam persembahan akrobatik. Perkataan akrobatik itu sendiri berasal dari perkataan Greek akrobate bermaksud berjalan secara berjengket-jengket (seperti menggunakan hujung kaki). Akrobatik ialah sejenis persembahan memaparkan kemahiran luar biasa dalam aspek keseimbangan, kelincahan dam kordinasi motor. Gerakan akrobatik ini ada dalam banyak seni persembahan termasuk sukan dan seni beladiri dan ia sering dikaitkan dengan penggunaan elemen gimnastik secara ekstensif seperti sarkas, gimnastik, ballet, renang dan banyak lagi. 



Sejarah

Asalnya akrobatik ini dikatakan seni yang dipetik daripada kehidupan seharian. Pada peringkat awal perkembangan seni di China, seni akrobatik ini turut diiringi muzik dan tarian. Ketika dinasti Han, Maharaja Wudi menyukai seni ini dan menjadikannya persembahan utama. Ketika Dinasti Song dan Yuan, kemahiran akrobatik ini yang unik mula berkembang jauh. Ketika penghujung Dinasti Qing dan peringkat awal Republik China, seni akrobatik China mula diperkenalkan ke negara-negara luar. 

Seni Minoa dikatakan bermula seawal 2000 SM dengan akrobat membuat persembahan di atas lembu yang sedang berlari. Persembahan akrobat dari China dikatakan direkodkan seawal 2500 SM. Di China, persembahan akrobatik ini sudah menjadi sebahagian budayanya sejak Dinasti Han 206 SM (BC) hingga 220 selepas masihi (AD). Antara persembahannya ialah berjalan atas tali, panjat tiang, dan diiringi alunan muzik. Peralatan dalam persembahan juga menggunakan apa yang ada dalam kehidupan seharian mereka seperti meja, kerusi, tangga, balang dan pinggan mangkuk selain ahli akrobatnya hanya berpakaian biasa. 






Pada masa dahulu, persembahan sebegini banyak berkait rapat dengan ritual keagamaan seperti ketika sambutan pesta menuai di perkampungan. Ketika Dinasti Tang, akrobatik terus berkembang seperti dilihat ketika Era Pertengahan oleh para akrobat Eropah ketika persembahan di hadapan raja pada abad ke-7 hingga ke-10. Ia terus diamalkan sehingga menjadi sebahagian daripada seni moden China. Pada zaman dahulu, kemahiran ini hanya diturunkan dalam kalangan ahli keluarga sahaja, daripada ibu bapa kepada anak-anak terutama di kalangan kumpulan sarkas. Tidak sebagaimana kini, ia dilatih dalam sistem pendidikan dengan skala yang lebih besar dan melibatkan lebih ramai ahli sarkas yang profesional. Terdapat pelbagai seni menggunakan gerakan akrobatik ini antaranya aerobatik, berenang, capoeira, dirian tangan, jugel, parkour, ski, meluncur salji, wushu, trapez, trampolin dan meluncur air.  

Persembahan akrobat oleh Beijing Circus di dunia Barat sekitar 1970an mengubah persepsi Barat mengenai sarkas, yang lebih memaparkan kelembutan berbanding kekuatan dan kelincahan. Persembahan akrobat dari China juga diselitkan dengan unsur humor untuk menjadikannya lebih menarik. Pada 1980an, Cirque Du Soleil telah menambah naratif, kostum, dan solekan yang telah membuka satu dimensi baru dalam persembahan yang menjadikan akrobat sebagai satu seni persembahan.


KLIK SINI dan SINI untuk ke sumber rujukan.





No comments: