MY FOLLOWERS

Monday, April 14, 2014

Sekadar Luahan - Apa Jadi Pada Blog Selepas Blogger Meninggal Dunia??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......

Sebelum ini, terjumpa tulisan di FB menyentuh mengenai perkara ini. Menarik juga untuk difikirkan. Pun begitu ia bukanlah perkara baru sebab kehidupan manusia itu sendiri sentiasa akan berulang dan berulang. Sebelum itu lagi penulis sudah lihat menerusi laman-laman blog lain memaparkan berita mengenai pemergian beberapa rakan penulis blog yang lain. Paling biasa, berita paparkan mereka meninggal dunia sebab sakit dan ada juga atas sebab kemalangan. Seterusnya mengingati kembali segala sumbangan mereka dalam bidang penulisan di blog. 




Berdasarkan pengamatan sebelum ini, bermula dengan pemergian penulis asal blog Telordibasuh, penulis dapat lihat sendiri walaupun kini penulis asalnya telah pergi, ia kini diambil alih pula oleh seorang kenalannya. Bolehlah ambil ini sebagai contoh. Bukan setakat blog ini memberikan pendedahan tentang info yang selama ini ramai yang tidak tahu atau yang bersifat rare, tetapi juga membuka tempahan baju sebagai satu bentuk promosi blog tersebut. Memanglah, kalau diperhatikan kini trademark penulisannya tidak sama dengan yang asal. Semoga segala info bermanfaat yang didedahkan kepada pembaca akan memberikan ganjaran berterusan kepada penulis asalnya yang telah pergi.

Itu kalau blog berkenaan diambil alih oleh kenalan yang masih ada. Bagaimana pula keadaannya kalau blog berkenaan tiada siapa yang mahu ambil alih? Jangkaan penulis, ia akan jadi seperti rumah yang lama ditinggalkan. Akan penuh bersawang dan penuh dengan pokok-pokok yang tumbuh meliar dari lantai sampai ke bumbung. Isi kandungan akan terbiar dan tiada kemaskini. Kalau ada sesiapa yang tahu keadaan penulisnya yang sudah tiada tetapi tidak mahu ambil alih, biarkan sahaja atau padamkan terus blog berkenaan daripada dunia siber.Bagi penulis sendiri, selain menulis, saya sendiri pun membaca blog-blog lain. Menyedari akan keadaan ini, daripada membiarkan kebaikan itu hilang bila akaunnya dipadamkan, penulis ambil kesempatan ini untuk menyalin info-info berkenaan dan dimasukkan dalam simpanan untuk bacaan di masa akan datang. Sekarang ini pun entah berapa banyak dalam simpanan, itu sudah lupa. Mungkin kena semak semula.




Begitu juga dengan akaun miliknya di mana-mana laman sosial. Bukan semestinya di FB sahaja, Friendster, Instagram, Twitter, Hi-5, Tagged, tidak kisahlah apa sekali pun nama laman webnya. Yang ini, seeloknya akaun berkenaan ditamatkan penggunaannya.

No comments: