Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Cerita kedai kopi..
Cerita kedai kopi..
Tiada hakim, tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi..
Petang tadi, latihan karate bertumpu pada kumite/free sparring untuk sukan. Baru kali ini terasa elok sedikit daripada sebelum ini berikutan kedatangan ahli yang tidak memuaskan. Balik-balik muka sama 5-6 orang itu. Cehh! Alhamdulillah petang ini bolehlah ajar kumite. Itu pun atas 2 sebab iaitu untuk ujian/grading yang dirancang akan dibuat sedikit masa nanti dan juga kejohanan yang dirancang untuk disertai yang belum tentu tarikhnya lagi. Semua ini pun untuk ahli dan sebagai mengisi satu lagi aktiviti kelab.
Pun begitu, cerita petang tadi tidak habis di situ sahaja sebab sudah meleret sampai ke kedai makan selama 3-4 jam lagi. Bukan setakat bercerita tetapi siap dengan tergelak-gelak sekali. Bermula dari tajuk karate terbawa sampai isu dalaman persatuan, kemudian bisnes, pelancongan, ekonomi, pengalaman luar negara, taijutsu, design dan psikologi, dan bermacam perkara lagi yang keluar. Tambahan lagi sebab masing-masing tenaga pengajar walaupun dari bidang berbeza.
Memanglah santai tetapi bukannya lagha atau borak kosong sebab banyak juga pencerahan diperoleh untuk sesi lepak-lepak malam ini walaupun tidak cukup seorang lagi yang sekepala, sama ada kawan yang di atas platform di tengah lautan atau sekarang ini di Timur Tengah. Kalaulah ada salah seorang ini, rasanya boleh berlarutan lagi sampai ke 1.00 pagi! Begitulah keadaannya bila bersama dengan orang yang terlibat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran peringkat lebih tinggi, lagi-lagi bila terlibat dalam research/kajian. Penulis tuliskan entri ini pun sejurus selepas pulang dan sementara input diperoleh masih segar. Ini baru hasil selepas 4 jam di kedai kopi, sebab katanya dia masih boleh bersyarah sampai 6 jam.
Daripada karate masuk ke isu bisnes. Apa bisnes mahu dibuat oleh orang seperti saya yang tidak bekerja dalam sektor kerajaan. Banyak pilihan ada untuk kumpul duit. Rancangan asalnya supaya dapat melawat tempat latihan taijutsu di Jepun. Tarikh itu belum pasti lagi. Habis cerita bab ini, masuk ke isu ekonomi dan kadar tukaran wang asing. Katanya kalau dahulu US$1=RM3.70 sekarang US$1=RM3.10, lebih kurang. Salah satu pengalamannya, bila ada di kalangan kawan-kawan yang mengajar di luar negara mendapat tahu nilai matawang asing sedang naik. Maka mereka pun membeli matawang tersebut. Tup-tup, berita yang sahih tersebar mengatakan pemerintahan Saddam Hussein di negara itu telah berakhir. Maka apa lagi, jadilah seperti apa yang berlaku di negara kita ketika tamatnya zaman penjajahan Jepun dahulu - DUIT TAK LAKU! Maka duit tersebut 'hangus' dan terus hilang nilainya. Bukan jatuh sedikit tetapi KOSONG! ZERO! Moralnya di sini, bila berada di mana-mana negara pun tidak kiralah di negara sendiri atau luar negara, kena tahu juga kaitan antara ekonomi dan politik semasa negara berkenaan. Boleh jadi sebab politik, ekonomi negara itu naik dan turun.
Banyaklah juga pengalaman lain diceritakan serta kaitannya dengan manusia yang dikatakan ramai sebagai penyangak matawang iaitu George Soros. Sebenarnya bukanlah begitu, mungkin sebab ramai yang tidak faham bagaimana dia menjadi kaya hasil daripada 'permainan' yang dimainkannya. Pendapat saya ia cumalah taktik dan strategi yang digunakannya. Bukan salah sesiapa.
Nilai matawang negara sendiri yang sekarang ini jatuh kerana pelabur luar yang tidak atau sudah kurang berminat untuk melabur dan negara cuba 'kunci' nilainya supaya tidak terus jatuh dengan menjual emas dalam simpanan negara ini. Ini pun boleh jadi cerita! Pengalaman kumpul duit di luar negara, membeli belah di luar negara dan taktik untuk mendapat lebih keuntungan bila menukar matawang asing juga menjadi bahan sembang. Bekerja di luar negara dengan gaji dibayar dalam matawang US Dollar, bila mahu tukar ke RM, ke mana tempat sesuai untuk melancong yang seterusnya dan berapa jumlah yang akan hangus bila dalam kadar tukaran berkenaan.
Katanya lagi kalau ke Bandung, Indonesia akan lebih jimat sebab harga barangan jenama terkenal yang asli dapat dibeli pada harga murah berbanding di negara sendiri. Contoh barangan yang dibandingkan ialah minyak wangi dan kereta. Untuk mudah, katanya kena tahu bahawa dagangan tukaran asing dibuka Isnin hingga Jumaat dan kalau mahu tukar, buat pada hari Isnin. Kalau pandai merancang simpanan wang, berilah apa pun matawang tiada masalah dan lagi bagus bila tahu bila masa sesuai untuk tukarkannya ke matawang negara sendiri untuk dapatkan lebih nilai.
Masuk tajuk lain, mengenai rekaan/design. Asalnya menyentuh tajuk ini tetapi berlarutan kepada pendekatan ilmiah dalam menerangkan sesuatu ilmu apabila didatangi golongan-golongan manusia yang adakalanya 'buat-buat bodoh' untuk jatuhkan anda. Tahu ke? Tahu ke? Tidak kiralah apa bidang pun, kena tahu bermula daripada asasnya dengan definisi berkaitan. Contohnya apa definisi bagi 'Design' dan kaitannya dengan bisnes. Kena tahu juga istilah terlibat dan kalau benda yang sama tetapi guna istilah berbeza, kena tahu apa bezanya. Contohnya karate. Apa beza aliran karate Shotokan, Shito-ryu dan aliran lain? Apa falsafahnya? Kenapa dibuat begitu? Dan berbagai soalan lagi kena dijawab dahulu untuk elakkan diri daripada dikantoikan golongan manusia yang 'tak makan saman' ini.
Kena tahu fakta yang kukuh dan kena berpegang pada fakta itu. Bidang ilmu berbeza tetapi beginilah pendekatan yang digunakan. Tajuk lain, dipersoalkan tentang seni tai chi dan seni silat. Tahukah tai chi terbahagi kepada untuk orang muda dan golongan tua?
Persoalan lain, adakah mana-mana silat yang mengajar menggunakan kayu sepanjang 6 kaki seperti rokushakubo dalam taijutsu? Tombak, keris, pistol, kerambit dan lawi antara senjata digunakan. Mana datangnya silat menggunakan kayu ini? Apa nama silat itu? Bagaimana rupa silat yang asli, sebab sekarang ini diketahui telah muncul banyak silat dengan ajaran yang bercampur-campur bak kata orang 'silat kahwin'?
Tolak tepi silat pulut, yang mahu diketahui sekarang ini ialah silat yang asal? Zaman sekarang ini sudah lebih moden, bukan macam zaman kita di sekolah dahulu. Internet pun baru bermula. Jadi di zaman kita dahulu memang susah untuk cari sumber maklumat untuk tahu tentang hal-hal sebegini. Kalau ada pun, sangatlah terhad. Mahu cari satu buku tentang seperkara pun susah. Zaman sekarang, semuanya sudah di hujung jari. Macam-macamlah boleh dapat daripada internet sampaikan ada segolongan manusia mengiktiraf diri mereka sebagai tok guru dalam sesuatu bidang tanpa pergi belajar dengan guru yang sebenar. Tiba-tiba jadi pandai pula. Aikk??
Nampaknya kena belajar menjadi pengkaji juga..hmmm...
p/s: Brainstorm........
Nampaknya kena belajar menjadi pengkaji juga..hmmm...
p/s: Brainstorm........
No comments:
Post a Comment