MY FOLLOWERS

Tuesday, April 1, 2014

Kesihatan - 6 Tanda Anda Seorang Pemakan Yang Emosional

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 


Anda ada perasaan mahu makan sesuatu yang manis atau rangup? Ia mungkin hanya perasaan di mulut, bukan di perut. Namun tabiat ini boleh dibuang.

Ingin makan benda yang sama setiap kali - Tidak kiralah pukul berapa pun anda inginkan snek atau ingin makan apa sahaja, tanya diri anda kenapa anda berada di situ, jika di kedai atau tempat membeli makanan, atau di tempat ada makanan. Mengetahui apa yang diperlukan oleh tubuh anda sama ada ia akan memberi tenaga atau sebaliknya, adalah kunci penting untuk membuang tabiat ini. Hilangkan kebosanan anda dengan berjalan di sekeliling atau menulis dalam jurnal atau apa sahaja yang tidak memerlukan anda ingat pada makanan. Apabila anda melalui keadaan ini, keinginan kepada makan itu dengan sendirinya akan beransur pudar.

Terlebih makan ketika berseronok - Menurut Jason Lillis, penulis buku The Diet Trap, orang akan cenderung untuk makan lebih ketika bersuka ria sebagai satu cara meluahkan kegembiraan, atau cuba merosakkan kegembiraan itu dengan menghadkan pengambilan makanan. Dalam situasi yang dipenuhi makanan, mengambil sikap berjaga-jaga adalah kunci penting bagi mengelak daripada mengambil kalori berlebihan. "Matlamatnya bukanlah untuk menjadi sempurna setiap masa, tetapi membuat pilihan secara sedar daripada terlebih makan tanpa disedari." katanya.

Gagal 'ujian epal' - Lain kali, apabila anda lapar, tanya diri anda adakah sebiji epal mampu hilangkan rasa lapar itu. Ia sebagai penanda bahawa perut memang lapar dan anda perlu makan. Jika tidak, bermakna anda mahu makan atas sebab emosi, maka anda hanya perlukan snek atau yang ringan seperti biskut sahaja. Alihkan perhatian anda ke tempat lain untuk seketika selain daripada mahu makan. Anda boleh pergi berjalan-jalan atau buat kerja lain dahulu untuk hilangkan perasaan itu.

 


Tekad anda menurun bila hari berlalu - Menurut Yoni Freehoff, penulis buku Diet Fix, nafsu makan tengahari biasanya sebagai respon kepada tekanan yang dihadapi ketika bekerja sepanjang hari. Mengambil makanan yang tinggi karbohidrat atau yang manis sebenarnya akan menambahkan lagi tekanan kerana badan bertindak balas dengan insulin dalam tubuh bagi mengawal peningkatan gula. Untuk mengelakkan serangan snek dan mengawal tekanan, Freehoff mencadangkan mengambil 3 hidangan seimbang dan 2 snek sehari; dengan minimum 300 kalori dan 15g protein, manakala snek pula dengan 150 kalori dan 10g protein.

Berasa bersalah sebab makan apa yang tidak sepatutnya - "Pemakan yang emosional biasanya mendapat kepuasan daripada keadaan makan yang selesa, tetapi akan berakhir dengn penyesalan kerana tidak dapat mengawal diri daripada mengambilnya," kata Staness Jonekos, penulis buku Eat Like a Woman. "Kunci penting untuk menghentikan kitaran ini ialah jangan menilai makanan berdasarkan jumlah karbohidrat, kalori, atau apa yang anda makan, sebaliknya melihatnya sebagai sumber nutrisi dan tenaga."

Mengunyah makanan - Sebagai ganti rasa lapar yang semakin kuat, pemakan yang emosional akan makan seperti mereka dalam pertandingan makan sosej, siapa paling cepat habiskan makanan paling banyak, dialah yang menang. "Untuk cepat habiskan makanan, kenal dahulu beza antara rasa lapar disebabkan emosi dengan yang disebabkan fizikal," kata Dilia Suriel, penulis buku The Thin Woman's Brian. Perasaan lapar secara fizikal datang secara sedikit demi sedikit mungkin dengan perut berbunyi, sakit kepala dan kurang bertenaga. Untuk mengatasi keinginan makan secara emosional, disarankan tarik dan hembus nafas dan ulang 10 kali. Ini akan mengimbangkan tindak balas kimia dalam otak dan membantu anda membuat keputusan mengambil makanan secara lebih baik.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: