MY FOLLOWERS

Sunday, April 27, 2014

Kesihatan - Dieffenbachia aka Pisang Tanah, Pokok Hiasan Sebagai Ubat dan Racun

Kredit kepada: Wiki, FB, Blog Otaku's Story, Blog Wannura
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum........





Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda. Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.


Sama2,patutlah hri 2 potong pokok nie gatal2 kena getahnye smpai bengkak tngannye,mmg kena buanglah jawabnye bahaya takut budak2 main.

Begitulah serba sedikit komen yang sempat dipetik dari laman FB berkenaan tumbuhan hiasan ini. Jadi penulis sempat carikan sedikit maklumat mengenai pokok ini. Di tempat kita pokok ini dikenali sebagai pisang tanah. Boleh juga rujuk DI SINI dan DI SINI.

 
Dieffenbachia ialah sejenis tumbuhan tanaman tropika dalam keluarga Araceae. Ia merupakan tumbuhan herba dengan bahagian batang yang lurus dengan daun yang mempunyai tompok putih yang menjadikannya sesuai sebagai tumbuhan hiasan. Dieffenbachia dinamakan oleh  Heinrich Wilhelm Schott, pengarah Botanical Gardens di Vienna, sebagai menghormati Joseph Dieffenbach. 

Tumbuhan ini boleh hidup dalam suasana dengan suhu yang sederhana serendah 5 darjah Celcius. Seperti juga tumbuhan lain yang perlukan cahaya untuk hidup, tumbuhan ini juga begitu, tetapi sinaran matahari menembusi tingkap sudah memadai. Selain itu, ia juga memerlukan tanah lembap yang subur. Jika daunnya bertukar menjadi kuning, itu bermakna kekurangan nutrien dalam tanah. Tumbuhan ini bertindak balas terhadap suhu panas dan keadaan kering. 

Di Filipina, tumbuhan ini yang juga dikenali sebagai dumb cane dikaji dan didapati terdapat kandungan aktif yang boleh menyebabkan kesan antiangiogenik, yang berpotensi dalam merawat kanser. Antiangiogenesis ialah satu proses yang menyekat pertumbuhan dan perkembangan saluran darah yang baru dalam tubuh. Antiangiogenesis mengawal sel-sel tumor daripada merebak dalam tubuh dengan cara menyekat pengangkutan nutrien ke sel-sel kanser. Perkembangan sel-sel malignan bergantung kepada terdapatnya nutrisi tertentu yang diangkut dalam saluran darah. Penemuan kajian ini memungkinkan ia digunakan bagi membuat ubat anti kanser untuk membantu mencegah penyebaran sel-sel kanser dalam tubuh. Sel-sel dalam tumbuhan ini mempunyai kristal kalsium oksalat berbentuk tajam seperti jarum yang dipanggil raphid. Jika daunnya dikunyah, kristal ini akan menyebabkan pemakannya mengalami rasa panas buat sementara dan erythema. Mengunyah dan pengingesan biasanya menyebabkan simptom yang ringan. Pendedahan kepada tumbuhan ini walaupun jarang mengancam nyawa, ia juga boleh menyebabkan simptom seperti keradangan oral, air liuh meleleh berlebihan, serta bengkak.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: