Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kajian sebelum ini menyatakan kopi berupaya mengurangkan risiko diabetes, kanser limpa, kanser kulit dan nyanyuk. Dalam isu terbaru majalah Eatingwell, penulisnya Emily rogan menyatakan 3 lagi sebab kenapa perlu minum kopi.
Meningkatkan aliran darah - Kajian terbaru yang dibentangkan sebelum ini menyatakan orang dewasa yang minum kopi berkafein meningkatkan aliran darah berbanding meminum kopi tidak berkafein. Pengkaji melihat aliran darah pada hujung jari yang menunjukkan saluran darah paling kecil dan kaitannya dengan serangan jantung, penyakit hati dan angin ahmar. Pengkaji mengesyaki kafein dalam kopi membantu meluaskan saluran darah dan terdapat unsur anti-keradangan.
Memperbaiki rupa luaran - Pengkaji di Sekolah Perubatan Harvard mendedahkan data daripada 3 kajian besarnya melibatkan 200,000 orang dewasa dan mendapati risiko bunuh diri bagi yang dewasa yang minum 2 ke 4 cawan kopi berkafein sehari adalah separuh berbanding mereka yang minum kopi tidak berkafein, minum sedikit atau tidak minum kopi langsung. Pengkaji percaya bahawa kafein dalam kopi melonjakkan neurotransmitter dalam otak seperti serotonin, dopamin dan noradrenalin bertindak sebagai ubat antidepresan yang lembut.
Kurangkan risiko kanser oral - Mereka yang minum sekurang-kurangnya secawan kopi berkafein sehari mengurangkan risiko terbentuknya kanser mulut dan tekak berbanding mereka yang langsung tidak minum kopi. Risikonya adalah 20% lebih rendah berbanding mereka yang minum secawan atau 2 cawan kopi sehari dan 50% lebih rendah jika mereka minum lebih daripada 4 cawan kopi sehari.
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment