Kredit kepada: TV9, wiki, berandamadina
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum...
Dalam satu sembang kedai kopi sebelum ini, satu persoalan ditanya adakah wujud lagi silat yang asli? Adakah silat tongkat? Satu lagi, pernah dengar nama Silat Kura-kura? Kalau dirujuk di beberapa sumber mengenai silat yang asli, ia hanya menyatakan sejarahnya secara ringkas sahaja. Selebihnya banyak kias dan penerangan lain.
Ada yang kata ia telah wujud sejak abad ke-7 lagi, ada yang kata pada abad ke-8. Yang mahu dicari ialah maklumat mengenai silat yang asli kerana kebanyakan silat yang dilihat hari ini dengan pelbagai nama adalah silat yang sudah bercampur isi kandungannya dengan seni lain dari luar. Ada orang sebutnya sebagai 'silat kahwin'. Di internet, maklumat yang diperolehi tidaklah banyak tetapi kalau dikumpul majalah Seni Beladiri daripada keluaran yang lama hinggalah yang terkini mungkin akan ada yang diperolehi. Berkenaan silat tongkat, hanya beberapa rujukan sahaja yang diperolehi berserta rujukannya. Antaranta ialah Silat Tongkat Gayuman Gerakan Satu, dan Silat Tongkat Warisan Seroda. Mungkin di luar sana banyak aliran lagi tetapi ia kurang ditulis. Ada sumber memaparkan info dalam bentuk video seperti di pautan ini yang boleh berikan gambaran lebih jelas kepada pembaca. Di Kelantan, silat tongkat ini mendapat liputan bagi laporan khas untuk siaran di saluran TV9.
No comments:
Post a Comment