MY FOLLOWERS

Tuesday, April 1, 2014

Hiburan - Missing

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Missing ialah satu siri drama keluaran Amerika Syarikat disiarkan dari Mac 2012 hingga Mei 2012 di saluran ABC. Siri penyiasatan ini mengisahkan Rebecca Winston (Judd), seorang ibu dan bekas penyiasat CIA yang kehilangan anaknya Michael (Nick Eversman) selepas kejadian suaminya Paul (Sean Bean) yang juga seorang ejen aktif CIA yang mati apabila kereta dinaikinya diletupkan. Ketika itu Michael masih kanak-kanak dan dia menyaksikan insiden itu. 

Dalam episod pengenalan, sebelum kehilangannya, Michael memaklumkan dia mendapat tawaran mengikuti program arkitek musim panas di Itali. Walaupun enggan melepaskannya pergi tetapi Rebecca terpaksa mengalah dan meneruskan kehidupan biasanya sebagai pengusaha kedai bunga. 

Kecurigaannya timbul selepas tidak mendapat khabar berita daripada Michael selepas seminggu. Dia kemudian menghubungi sekolah arkitek berkenaan dan mendapati Michael sudah keluar daripada asrama kediamannya dan dia terus bergegas ke Rome untuk menjejakinya. Lebih mengejutkan apabila dia mendapati dirinya berada dalam kancah konspirasi melibatkan para ejen CIA dan Interpol. Dia turut mendapati Paul juga masih hidup dan cuba menyiasat motif berkaitan sijil saham sebuah syarikat minyak dengan kehilangan Michael. 

Siasatan membawa kepada Viktor Azimoff dan anaknya Maksim yang pernah mereka lindungi dahulu. Sementara itu, CIA turut menyiasat dalang dalam konspirasi ini yang membawa kepada nama Martin Newman, juga dikenali sebagai Suspect Zero yang dikenali pasangan Winston ini sejak sebelum mereka berkahwin dan masih aktif sebagai ejen CIA. 

Siasatan CIA yang semakin membongkar rahsia konspirasi ini juga membawa kepada pembunuhan ejen Interpol yang bekerjasama dengan CIA dan pegawai CIA sendiri yang didalangi orang suruhan Suspect Zero yang juga orang dalam CIA. Sementara itu, Michael ketika dalam tahanannya berkenalan dengan seorang gadis Rusia, Oksana, yang juga menjadi mangsa sepertinya dan mereka bekerjasama untuk melepaskan diri.


Menampilkan Ashley Judd (Nightwatch, Double Jeopardy, Olympus Has Fallen, Tooth Fairy, Flypaper), Cliff Curtis (Push, The Last Airbender), Sean Bean (Flight Plan, The Island, Crusoe), Adriano Giannini, Nick Eversman, dan Tereza Voříšková.


Sumber yang hilang:   SINI  |  


No comments: