Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Satu lawatan telah diadakan melibatkan murid-murid Tadika Kemas Dalily Wakaf Tembesu pada 23.4.2014. Jika sebelum ini lokasinya adalah di TER dan Pusat Sains (dalam kawasan bangunan YPU dan TTC), kali ini lokasi lawatan adalah Zoo Kemaman. Lawatan yang turut disertai ibu bapa dan tenaga pengajar tadika ini memulakan perjalanan dari tadika pada jam 8.30 pagi menaiki bas yang disewa. Perjalanan melalui lebuhraya Tepoh terus ke Paka dan tiba di Kemaman sekitar jam 10.30 pagi. Untuk sampai ke Zoo Kemaman, bas dinaiki melalui kawasan Air Jernih dan Kampung Ibok.
Murid-murid berkumpul sebelum melihat haiwan
Kafe berhampiran surau, kawasan sarang burung, sangkar arnab, kawasan kelip-kelip dan haiwan lain
Surau berhampiran kafe
Semua
pelawat dibawa melalui kawasan yang menempatkan haiwan seperti burung
unta, merak, kakak tua dan spesis burung lain. Mereka semua kemudiannya
bergerak sendiri ke kawasan yang menempatkan haiwan-haiwan lain setelah
diturunkan berdekatan kawasan surau dan kafe. Antara yang sempat dilihat
pada sesi lawatan ini ialah spesis ayam belanda putih, landak, tapir,
gajah, harimau, singa Afrika, orang utan dan rusa. Tidak banyak yang
dapat dilihat kerana masa yang kurang mengizinkan. Tambahan pula
terdapat beberapa bahagian zoo ini sedang dalam proses pembaikan.
Kenderaan pengangkutan kembali mengambil semua pelawat jam 12.30
tengahari.
Semua pelawat kemudian dibawa ke Pantai Kemasek di Kemaman untuk rehat dan makan tengahari. Hidangan nasi ayam dan kek adalah disediakan oleh salah satu keluarga murid tadika ini. Bas bergerak semula dan tiba di Mesra Mall jam 2.30 petang bagi memberi laluan kepada semua pelawat untuk bersolat dan membeli keperluan. Sejam kemudian, perjalanan diteruskan dan semua pelawat selamat tiba semula ke tadika sekitar jam 5.30 petang.
No comments:
Post a Comment