Kredit kepada: KKKT
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Program Resume Interview Clinic for Helping Graduate Students (R.I.C.H.) diadakan di Dewan Besar KKKT pada 13-14.4.2014. Program ini disertai oleh para pelajar semester akhir kolej ini bagi memberikan pendedahan kepada mereka tentang bagaimana dan apa yang perlu dilakukan ketika ditemuduga oleh majikan kelak. Program selama 2 hari ini yang dikendalikan oleh Cik Aleeka dan Encik Effendy masing-masing dari Kolej Komuniti Kok Lanas dan Hulu Langat ini memulakan sesi hari pertama dengan menyatakan apa yang perlu ditulis dalam resume serta bezanya dengan curriculum vitae (CV).
Program diteruskan dengan sesi grooming bagi lelaki dan perempuan. Dalam segmen ini, turut diterangkan ialah keadaan sahsiah rupa diri serta pemakaian yang sesuai ketika menghadapi temuduga. Antaranya diterangkan gaya rambut, tudung, kemeja dan tali leher, seluar serta kasut yang sesuai. Satu demonstrasi solekan bagi lelaki dan perempuan diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar akan perlunya kelihatan segar ketika temuduga, teknik solekan dan warna solekan. Hari kedua diteruskan dengan satu mock interview. Sesi ini mendedahkan pelajar keadaan yang boleh dan tidak boleh dilakukan, bahasa tubuh, postur, struktur dan kelancaran penyampaian ketika ditemuduga.
Program hari pertama diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan hari kedua pula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
No comments:
Post a Comment