MY FOLLOWERS

Tuesday, January 29, 2013

Paranormal - Ikut Siapa?

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......


Disampaikan semula daripada sumber asalnya. 

Ceritanya begini.. Saya mendapat tahu kisah ini daripada salah seorang ibu saudara kerana dialah yang paling banyak mengalami peristiwa yang menyeramkan.

Kisahnya berlaku sewaktu dia berusia 18 tahun dan dia tinggal di sebuah kampung di Melaka. Ketika diadakan majlis perkahwinan, adalah menjadi kebiasaan apabila anak-anak dara datang membantu. Selepas semuanya selesai, maka ibu saudara saya ini dan kawan-kawannya pun pulang ke rumah masing-masing. Lagipun ketika itu sudah hampir senja dan sewaktu dalam perjalanan, hujan turun. Maka ibu saudara pun percepatkan perjalanannya. Masing-masing menutup kepala dengan kain sarung. Yang lain-lain berjalan dengan lajunya manakala ibu saudara pula tertinggal sedikit di belakang, namun masih dapat mengekori kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggilnya, "Mah, kau nak ke mana tu?" Ibu saudara pun menoleh ke arah suara yang memanggil tadi. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati semua kawan-kawan yang bersamanya tadi tertinggal kira-kira 200 meter di belakang! Terfikirnya bagaimana mungkin mereka tiba-tiba ada di belakang pula sedangkan tadi mereka semua berada di depan? Rupa-rupanya baru dia sedar mereka sedang melalui kawasan tanah perkuburan. Terus terpacak semua bulu roma! Apa lagi, dia pun larilah dengan tercungap-cungap kemudiannya pengsan. Bila dia sedar, semua kawan-kawannya ada di sebelahnya. Mereka semualah yang sama-sama memapahnya pulang ke rumah. Apabila ditanya, siapa yang dia ikut sehingga ke kawasan tanah perkuburan sewaktu pulang tadi, katanya dia sendiri pun tidak tahu. 

WAALLAHUALLAM.

Sumber asal

No comments: